Seorang juruandam didenda RM2,600 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana didapati tidak solat Jumaat pada April lalu.
Harian Metro melaporkan tertuduh yang berusia 36 tahun turut berdepan penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Tertuduh mengaku salah atas pertuduhan di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) pindaan 2016 kerana tidak menunaikan solat Jumaat. Difahamkan dia melakukan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat ketika ditangkap di sebuah rumah di Jalan Sultan Sulaiman pada 26 April lalu. Tertuduh juga ditangkap penguatkuasa syariah wanita yang melakukan pemantauan di lokasi itu selepas menerima maklumat berkenaan orang tidak keluar solat Jumaat.
Dalam pada itu, dalam mahkamah sama, empat lagi lelaki berusia 30 hingga 45 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesalahan sama. - CARI |
salimrock replied at 28-8-2019 08:48 PM
err tukang tangkap tu tak solat jumaat ke?
Asdan: duduk rumah tak kacau orang pun kena tangkap, bukan ke Allah larang mencari aib orang ?
Austranesia replied at 28-8-2019 09:36 PM
bila manusia mengambil alih tugas malaikat malik dan lebih sudu dari kuah dari nabi.zaman nabi pon t ...
ADVERTISEMENT