Tak habis-habislah Sharifah Sakinah buat kontroversi. Pakai baju seksi sudah, cakap main lepas sudah, peluk lelaki lain pun sudah.
Terbaru, pelakon ini dikecam lagi gara-gara aksinya memeluk seorang pereka fesyen lelaki di atas pentas Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini. Bukan sahaja peluk, siap main dukung-dukung lagi. Nampak teruja betul Sakinah bila berlari ke atas pentas sambil digegarkan dengan sorakan tetamu yang hadir ke acara tersebut. Tindakan tersebut mengundang kritikan ramai pihak, terutamanya mestilah netizen-netizen 'bawang'.
Siap heret suami Sakinah lagi dengan menyatakan tak pandai jaga isteri! Tak cukup dengan itu pastilah ada yang melabelkannya sebagai jahil. "Suami tak marah ke peluk-peluk lelaki lain?" soal mereka.
Apapun, kita sedia maklum yang perangai Sakinah ni memang 'gila-gila'. Tak sedar agaknya, tahu-tahu je dah terpeluk mungkin? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|