Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi sebelum ini menarik perhatian netizen dengan kisah masalah rumah tangganya.
Tak lama selepas itu, dilaporkan pula restoran miliknya di Shah Alam terbakar dijilat api.
Terbaru, nama Fizul sekali lagi menjadi bualan ramai selepas dikatakan dicekup pihak berkuasa. Apa yang terjadi sebenarnya?
Memetik laporan Utusan Malaysia, Fizul mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis.
Difahamkan, dia dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haram tinggal di sebuah premis di Seksyen 7 Shah Alam pada 20 Februari lalu.
Dengan ini Seksyen memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang tinggal di dalam premisnya itu. Namun, Fizul menerusi peguamnya dikatakan memohon untuk menangguhkan keputusan mahkamah pada tarikh lain atas alasan tidak cukup wang.
Dia juga telah diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Menerusi Instagram juga Fizul berkongsi gambar tangannya digari. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|