CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Uncle Kentang' Bangga Wanita Dibantunya Kini Penjual Nasi Lemak Berjaya

28-8-2019 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7159| Komen: 55

Lelaki yang dikenali sebagai 'Uncle Kentang' iaitu Kuan Chee Heng baru-baru ini berkongsi di Facebook bagaimana seorang wanita yang pernah dibantunya kini berjaya dengan perniagaan nasi lemak. 


Dia yang merupakan presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (COP) menceritakan sebelum ini dia pernah membantu kehidupan Mareeya, ibu kepada lapan orang anak dengan memberikan modal memulakan perniagaan nasi lemak.


Memetik laporan Malay Mail, Kuan Chee Heng berkata dia menemui Mareeya empat tahun lalu dalam keadaan yang begitu memerlukan bantuan.

“Saya ke rumah mereka di kawasan Bukit Jalil dan mengetahui elektrik dan air dipotong kerana tidak membayar bil,” katanya.

“Saya ingat lagi semasa bulan Ramadan dan saya tahu dia (Mareeya) tidak ada makanan untuk berbuka puasa.”

Menerusi 'Tabung Kentang' yang diusahakannya, dia juga melangsaikan bil dan mendapatkan kembali bekalan elektrik dan air wanita itu. 


“Kami kemudian beli sebuah Proton Wira terpakai untuk memudahkan pengangkutan dan juga wang secukupnya untuk keluarganya,” kata Kuan.

“Semuanya dihabiskan sekitar RM10,000,” ujarnya. 

Mareeya kini membuka gerai nasi lemak di stesen minyak Shell dekat lebuh raya South Klang Valley (SKVE) sejak empat tahun lalu. - CARI 
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 28-8-2019 02:12 PM
Sebab yamg dibantu itu sejenis manusia yang mahu berusaha...

Tahniah Uncle Kentang... Tahniah achik Mareeya
Quote ell768 28-8-2019 02:18 PM
sarahmirza replied at 28-8-2019 02:12 PM
Sebab yamg dibantu itu sejenis manusia yang mahu berusaha...

Tahniah Uncle Kentang... Tahniah ach ...

setuju...berlambak je yg jenis nganga je tunggu bantuan..usaha takde...
Quote julia5094 28-8-2019 02:22 PM
Tahniah untuk kedua2nya...kadang2, memang seseorang tu perlu dibantu untuk bergerak kehadapan...
Quote adila39 28-8-2019 02:28 PM
Semoga kedua duanya suksess in life. I trust dlm dunia yg makin pelik and kasar. masih ada yg baik hati and bersungguh baiki diri. Tq uncle kentang {:nos{:love
Quote paz 28-8-2019 02:32 PM
Wah tahniah. Macam ni yang kita nak, sama-sama berusaha.
Quote Victorioussss 28-8-2019 02:42 PM
1 dlm sejuta dlm bangsa ni

Quote diggerr 28-8-2019 02:43 PM
Tahniah to both
Quote MsKathryn 28-8-2019 02:54 PM
Congrats uncle kentang n kak mareeya..
Quote chicozinn 28-8-2019 03:13 PM
pernah jmpa uncle kentang kat btu pahat thun lpas..aku siap tgur ckap eh ni uncle kentang dlm tv kn?dia bagus siap boleh ajak berbual lagi..ropenye dia ni memang asal btu pahat..
Quote Artemesiaa 28-8-2019 03:17 PM
Pasti rasa seronok tengok orang yang dibantu dulu tu dah berjaya tak sia2 pertolongan yang dihulurkan
Quote Mfzg89 28-8-2019 03:56 PM
makan nasi lemak free la uncle..
terbaik r.. camni yg kita nak..  
Quote jazaa100 28-8-2019 03:57 PM
Victorioussss replied at 28-8-2019 02:42 PM
1 dlm sejuta dlm bangsa ni

Yg mana.....

Yg di tolong ke yg menolong....
Quote jazaa100 28-8-2019 03:58 PM
chicozinn replied at 28-8-2019 03:13 PM
pernah jmpa uncle kentang kat btu pahat thun lpas..aku siap tgur ckap eh ni uncle kentang dlm tv kn? ...

@munchkin pun pernah jumpa uncle kentang ni.....baik sgt kata munchkin
Quote akakdendeng 28-8-2019 04:02 PM
baik betul uncle kentang ni kan
Quote ekinzzz 28-8-2019 04:19 PM
bagusnye uncle kentang ni
Quote nazzse 28-8-2019 04:19 PM
Bagus uncle ni..disebabkan dia i tak rasis dgn cina, tapi dia sorang je la & cina pantai timor..cina lain iols tetap rasis
Quote Malaysia.Doom 28-8-2019 04:27 PM
Victorioussss replied at 28-8-2019 02:42 PM
1 dlm sejuta dlm bangsa ni

Ko Orang Terengganu jangan nak sebut racism di Selangor...macam sial perangai
Quote 800214 28-8-2019 04:29 PM
yg mcm Puan Natipah tu tolong org, org tu tetap la lakinya goyang telo je. siap ngandung lagi bininya anak no 5 dalam pada laki tak keja tu..kecewa puan tu,dia dh bayar sewa umah tu smpai bulan 12 nanti supaya  family ni  dapat perbaiki kehidupan lepas dia ambik family ni daripada hotel bajet. tapi nan hado..dia kata kalo lakinya keja tp gaji tak cukup..dia sanggup bantu cukupakan.tp takmo usaha lansung masalahnya..hermm.mmg tunggu ikan je.xmo pemancing.
Quote shamsadis 28-8-2019 04:45 PM
Edited by shamsadis at 28-8-2019 04:47 PM

edit,


.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060906 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top