Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak menggesanya mengundurkan diri dari industri. Aznil, 57, atau lebih mesra disapa Paknil mendedahkan segelintir pihak menyuruhnya bersara daripada industri seni dan menghabiskan masa di surau sahaja. "Perkara menarik yang berlaku apabila menjadi selebriti seperti saya adalah saya perlu berdepan begitu banyak kritikan. Apa yang bagus saya ambil, yang tidak bagus saya endahkan," ujarnya kepada mStar Online. Tambahnya, sekarang semua orang bebas memberikan kritikan di laman sosial. "Yang paling teruk saya pernah kena, mereka suruh saya berhenti dari dunia hiburan kerana lebih baik saya pergi ke surau. "Pada saya, nak pergi surau bukan kena tunggu dah tua baru nak ke sana. Namun, tak bermakna yang muda tidak perlu ke surau atau bersembahyang," katanya. Paknil bagaimanapun menegaskan dia tidak akan berundur dari dunia seni. "Mereka beranggapan saya perlu berhenti menjadi produktif apabila usia meningkat. Kalau susu ada tarikh luput, tetapi manusia tiada. "Kalau anda suruh saya berhenti, ini bermakna anda meletakkan tarikh luput pada saya," luahnya. Tambah Paknil, dia bukan susu atau kacang dalam tin. Selagi mampu, dia akan meneruskannya kerana dia sangat menyukai apa yang sedang dilakukannya sekarang. "Anda tidak akan pernah dengar pengumuman mengenai penarikan diri saya dari dunia hiburan ini," tegasnya. |
CiliPadiSedap replied at 28-8-2019 01:28 PM
kenapa dia ni nampak muda ye? cucuk apa? nak juga tahu rahsia paknil. kalau paknil ada dalam carifor ...
misz_sanggul: dl ms zmn media hburan yg suke share2 brg2 penjagaan artis tu..ingt sgt die tuka brus gigi sminggu skali..n ms tu pun die dh tiap2 bln buat treatment ...
budakmanentah replied at 28-8-2019 01:54 PM
Baru mlm tdi tengok video Paknil. Ade orang share masa dia bagi talk kat skolah.
Ada 1 pelajar sk ...
ADVERTISEMENT