Gara-gara meletakkan sebuah kamera kecil di dalam tandas pesawat, seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda AS$6,000 atau bersamaan RM25, 214.85.
Harian Metro melaporkan, dalam kejadian itu Choon Ping Lee yang berusia 50-an meletakkan kamera kecil itu dalam penerbangan dari California ke Texas di Amerika Syarikat. Tertuduh mengaku bersalah kerana meletakkan kamera intipan itu untuk tontonannya. Ping Lee juga mengaku mengaku memasang kamera itu dalam tanda kelas pertama pesawat United Airlines pada 5 Mei lalu. Difahamkan, seorang penumpang wanita menemui peranti itu selepas ternampak ia memancarkan cahaya biru dan tergantung berhampiran pintu.
Tertuduh seterusnya dikenal pasti menerusi imej pakaian dan perhiasan diambil kamera itu. Dia ditahan sejak 7 Ogos lalu. Dia juga dijangka berdepan prosiding dihantar pulang ke Malaysia kerana tertuduh bukan warga AS. - CARI
|
keds replied at 28-8-2019 12:38 PM
Ingatkan bertamadun sebab dah merantau jauh ke negara Uncle Sam rupanya otak lupa bawa sekali.
matchstick replied at 28-8-2019 01:04 PM
ni kes yg cina ni staff halliburton tu kan..lead legal team katanya. pangkat tinggi jgk. bongok. bua ...
Buritan replied at 28-8-2019 01:02 PM
Bila dok sini kulu kilir meratib i.m the best.. puihh
keds replied at 28-8-2019 01:13 PM
Seriously? Legal team? Hahahah.....
matchstick replied at 28-8-2019 01:39 PM
- Choon Ping Lee
- Choon Ping mempunyai akaun
Chief Commercial Counsel - Eastern Hemisphere ...
ADVERTISEMENT