Berasa seperti dihina, pemadu Go-jek di Indonesia mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Ia susulan dakwaan satu penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas sebuah syarikat teksi Malaysia.
Bernama melaporkan, Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono berkata mereka akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar. Jika pihak terbabit tidak membuat permohonan maaf terbuka, mereka merancang untuk mengadakan demonstrasi dan mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 September ini. Terdahulu, satu video viral di Indonesia yang menunjukkan pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail membuat satu kenyataan yang dianggap menghina pemandu Go-jek dan negara Indonesia.
“Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tidak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Go-jek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta,” menurut petikan video itu. Ia susulan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Rahman yang mencadangkan untuk perkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau Go-jek. - CARI |
“Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tidak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Go-jek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta,”
ADVERTISEMENT