Seorang wanita dari Kuala Nerus dilaporkan mengalami kerugian RM224,700 selepas diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis Julai lalu.
Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 58 tahun itu menceritakan dia didakwa oleh 'pegawai polis' tersebut kononnya dia terbabit dengan penggubahan wang haram. Mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita ketika berada di rumah di Seberang Takir pada 8.45 pagi, 23 Julai lalu. “Wanita itu kemudiannya menyambungkan talian kepada seorang lelaki yang didakwa adalah pegawai penyiasat yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Zahari. “Lelaki terbabit memaklumkan mangsa dikehendaki polis kerana didapati bersubahat dengan seorang suspek yang ditahan berhubung pengubahan wang haram.
“Suspek minta mangsa membuat sejumlah pembayaran sekiranya ingin menyelesaikan kes itu selain diberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa jika tidak mahu ditahan,” kata satu sumber. Mangsa kemudiannya melakukan bayaran kepada penipu itu menerusi 58 transaksi di sebuah bank bermula 23 Julai hingga 1 Ogos lalu. “Bagaimanapun, selepas bayaran dibuat, suspek gagal dihubungi menyebabkan wanita terbabit mula curiga sebelum semakan mendapati dia ditipu sindiket Macau Scam. “Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 9.51 pagi, Ahad lalu untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu lagi. Difahamkan, mangsa sudah memindahkan wang sebanyak RM224,700 ke enam akaun bank tempatan kerana takut ditahan polis yang menyamar itu. - CARI
|
mawarika: Yes, kita mmg berjaga2.. last week laki ioilss pun kena.. sempat ioilss lepuk peha dia soh matikan panggilan. Laki ioilss kata dia tergamam bila calle ...
Carcosa replied at 27-8-2019 09:49 PM
Melalui 58 transaksi?? Kau bior betol acik oiiii. Byk kali transper nyaaa. Btw, ada 2 soalan.
Bykny ...
VioletsAre_Blue replied at 28-8-2019 12:12 AM
Kalau aku layan je dulu scammer bangsat macam ni, hujung2 maki kaw2
Minami2013 replied at 27-8-2019 07:58 PM
Byk nye duit die... again i speku ade informer dari org bank.
Foxey replied at 27-8-2019 07:32 PM
Hadoiiii, ramai betul orang fell for this scam. Isn't it weird bila polis tu pesan jangan citer kat ...
willow12 replied at 18-10-2019 07:53 PM
Bank tak kan lah x suspek apa2 tiba2 byk sgt buat transfer. Tp aku x pasti lah mcmna strategic scamm ...
ADVERTISEMENT