CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Sehati Sejiwa Jadi Peragut

26-8-2019 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2394| Komen: 13

Tumpas akhirnya, kegiatan pasangan kekasih yang melakukan ragut di sekitar Subang Jaya akhirnya kecundang apabila mereka ditahan polis di USJ 9/2 Jumaat lalu.

Harian Metro melaporkan kedua-dua suspek yang berusa 20-an dipercayai sudah melakukan 16 jenayah ragut.

“Dalam kejadian terbaru 25 Julai lalu, seorang wanita kerugian RM500 selepas diragut pasangan berkenaan.

“Susulan kejadian itu, satu pasukan khas dibentuk bagi mengesan suspek dan dikesan di tepi jalan sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya. 

Foto: Carian internet

Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, polis turut merampas dua topi keledar, satu jaket, tiga motosikal, satu telefon pintar dan satu penutup muka. 


“Siasatan awal terhadap kedua-dua suspek mendapati, mereka mengaku melakukan sekurang-kurangnya 16 kegiatan ragut di daerah ini.

“Siasatan lanjut juga dilakukan bagi mengenalpasti jenayah lain dilakukan pasangan berkenaan,” katanya.

Pasangan itu kini ditahan reman sehingga 28 Ogos bagi membantu siasatan. - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 26-8-2019 06:39 PM
Bonny and Clyde versi busuk masam
Quote diggerr 26-8-2019 07:00 PM
Sepenjaraaa
Quote sehirkedi 26-8-2019 08:51 PM
Dua2 ni penangih ke ape? Umur muda, belia dan sihat tapi tak nak kerja baik2. Muda2 dah ada rekod jenayah dan menginap dlm jeriji besi..

Quote Oroi8887 26-8-2019 09:01 PM
Semoga bahagia hingga ke neraka
Quote Pink_Purple 26-8-2019 09:10 PM
sepenagihan, seoenjaraan..
Quote VirusDetected 27-8-2019 08:33 AM
mesti keje mendadih ni..terdesak sggup wat pe jer dpt duit...
sehati sejiwa kunun
Quote LostStar 27-8-2019 09:23 AM
rasain loooo
Quote delsmomm 27-8-2019 10:20 AM
benci peragut...!
Quote nononcrux 27-8-2019 10:29 AM
buruknye perangai hawau btl
Quote duradanis 27-8-2019 02:43 PM
kira kena la tu.. sehati sejiwa.. perangai pn sama.. mmg sehati la kena tangkap
Quote Artemesiaa 27-8-2019 03:38 PM
Bonny and Clyde sungguh perangai baguslah dah kena cekup
Quote ikanmasin 31-8-2019 01:18 AM
eloklah dah dpt tangkap..
Quote dani-rox 31-8-2019 04:18 AM
seglemer2 bonnie and clyde tp mati ditembak bertubi2 mcm binatang,
telinga si jantan tu hampir dikerat dan pakaian si pompuan dipotong2 org ramai utk buat jd souvenir.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.200736 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top