CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Boleh Buat Tudung, Songkok - Jalur Gemilang Ada Pantang Larang

27-8-2019 10:58 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9013| Komen: 20|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Pengibaran Jalur Gemilang seharusnya mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan

Kredit foto: Carian Google

Setiap kali sambutan Bulan Kemerdekaan tiba, pasti ramai rakyat Malaysia menzahirkan semangat patriotisme mereka dengan mengibarkan Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing.

Dalam keseronokan itu, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa terdapat 'pantang-larang' berhubung pengibaran Jalur Gemilang seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui modul Bendera Kita Jalur Gemilang terbitan Arkib Negara.

Contohnya, ada dalam kalangan wanita yang memilih untuk menggayakan tudung bertemakan Jalur Gemilang, manakala sebahagian golongan lelaki menjadikan bendera Malaysia itu sebagai hiasan songkok mereka.

Pakaian bertekan Jalur Gemilang semakin popular sejak digayakan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad (gambar hiasan)

Kredit foto: Carian Google

Walau bagaimanapun, seperti dijelaskan dalam modul yang disiarkan dalam laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia itu, Jalur Gemilang tidak boleh digunakan dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabatnya seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi dan alas kusyen.

"Penggunaan bendera dalam pelbagai bentuk seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad," jelas modul berkenaan.


Kredit foto: Modul Bendera Kita Jalur Gemilang

Selain itu, ramai juga pemandu yang mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.

Modul berkenaan menyatakan, tiada halangan untuk berbuat demikian asalkan pemasangan bendera tidak membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Pemasangan bendera kecil pada kenderaan pembesar-pembesar tertentu juga mempunyai protokol yang ditetapkan.


Kredit foto: Modul Bendera Kita Jalur Gemilang

Patuhi garis panduan berkaitan Jalur Gemilang yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang garis panduan berkaitan Jalur Gemilang boleh memuat turun modul tersebut melalui pautan berikut: 

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Ina8895


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 27-8-2019 11:41 AM
aku geli betul,tengok ramai perempuan kat mall buat rombongan cik kiah,seragam je pakai tudung jalur gemilang.. apa ntoh yg lawa..hehh, itula kn.. lain org lain tastenya..
Quote rospinki 27-8-2019 11:44 AM
takan benda simpel gini takleh pikir..ni siap buat baju ropol2 acik amik upah masuk tebi
tanjak bagai..tak rasa bersalah ke gunting potong2 jalur gemilang pastu dibuat seperti tiada nilai pada bangsa dan negara.

anak aku ada nak dibuat tanjak masa sambutan kt skolah..aku ckp kt dia psal kena hormat dan jgn dipotong2 sesuka hati..dia faham.
Quote Artemesiaa 27-8-2019 11:53 AM
Elok ler dah ada penerangan jelas mengenainya kalau tak tetiba je semua mengeletis nak beli tudung tu gigih nak jadi yang pertama pakai demi like dan pujian
Quote dineo 27-8-2019 11:56 AM
holothurian replied at 27-8-2019 11:41 AM
aku geli betul,tengok ramai perempuan kat mall buat rombongan cik kiah,seragam je pakai tudung jalur ...

tu tudung mirabelle kekaboo
makcik2 staff gomen and cikgu cikgi school ja rajin pakai berboria  gitu
Quote aHoi83 27-8-2019 12:04 PM
"Penggunaan bendera dalam pelbagai bentuk seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad," jelas modul berkenaan.”

Kira bole la bendera di buat baju utk hr kemerdekaan. Cuma i rase kalo buat pakaian , sifat bendera malaysia tu kene lengkap iaitu warna, bulan bintang dan 14 jalur.
Quote diggerr 27-8-2019 12:08 PM
Hormatilahhh
Quote hussaini4675 27-8-2019 12:09 PM
Al Fatihah untuk arwah Sudirman. Artis yang patriotik & sangat menghargai peminat.
Quote mieymiey 27-8-2019 12:29 PM
Makcik aku sekarang tengah gigih jahit baju untuk pakaian beragam budak sekolah rendah. Tapi dia beli kain warna merah, biru, kuning, putih la. Dia tak pakai bendera.
Quote Ina8895 27-8-2019 12:35 PM
Alaaaa... iols baru nak melaram pakai tudung jalur gemilang tengok perbarisan merdeka. Untung2 abam sojar terpikat tengok iols
Quote Asdan 27-8-2019 01:02 PM

kalau lawan bola, lilit pada baju, adakah juga satu kesalahan ?
Quote yuki812 27-8-2019 01:11 PM
kalau dgn pakai tu leh menambahkan semangat patriotik, apa salahnya pon.
kdg kita nyanyi lagu sudirman tu pon dah terasa semangat nasionalisme..
apatah lagi..berbaju gini..
ikut kesesuaian...
Quote RatuDunia94 27-8-2019 02:27 PM
Suka tgok toktie masa anak dara pakai baju bendera.

Quote supernaturalee 27-8-2019 02:35 PM
aHoi83 replied at 27-8-2019 12:04 PM
"Penggunaan bendera dalam pelbagai bentuk seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali sem ...

tu lah kan
ape yg ramai sgt kt sini pyh nk hadam
kn tulis kt situ blh je tp ms sambutan bulan kemerdekaan je lah




Quote reddots 27-8-2019 02:37 PM
tu lah, dari awal lagi dah tau, mengubah suai JG menjadi pakaian adalah sesuatu yang boleh dikata kan tidak hormat pada negara.. sebabnya, kain JG akan di gunting gunting nak buat tudung, jubah, baju kanak2 yg berbagai pesen tu... ok, lepas abis pesta, semua  tu nak di kibar ker atau buat kain lap?

kang indon ugut bakar JG, tau pulak kata maruah negara dipijak2.. padahal bangsa sendiri pun dah tak de rasa hormat dan sayang pada JG.

Quote Bunggah 31-8-2019 06:04 PM
Aik......ramai je yg pakai tudung jalur gemilang baru2 ni.
Quote Lengkong 31-8-2019 07:07 PM
Ramai yang pakai baju Jalur Gemilang. Ada macam2 fesyen. Siap bulan bintang lepas ke bawah. Sangat tak sesuai.



Quote cap_ayam 31-8-2019 07:33 PM
Beberapa tahun lepas ada ke model perempuan buat towel berkemban je dengan jalur gemilang
Quote Jiddin 31-8-2019 08:17 PM
Kiranya kibar bendera terbalik (nk protest) Dan pakai baju dari bendera (nk tunjuk Rasa patriotic) akhirnya sama2 tak menghormati Jalur Gemilang. Kan?
Quote pyropura 1-9-2019 01:42 AM
Tu pasal org Amureka biasanya hanya pasang 1 bendera aje setiap kali, kerana bendera dianggap simbol tertinggi negara, very sacred, very exclusive. Pada mereka bendera bukan barang murahan macam renda kain untuk dipasang banyak2.


http://c0263062.cdn.cloudfiles.rackspacecloud.com/content/images/sized/outdoor-residential-flagpoles_d6e5fe6d197a911383fb1d0f82cde4d9_3x2_jpg_600x400_q85.jpg

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.051270 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top