CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Guna Gambar Tanpa Kebenaran, Nourul Wahab Berang Mahu Saman Usahawan Kecantikan!

26-8-2019 10:57 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7486| Komen: 31|Original author: natrahn

Sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab kini berani sewenang-wenangnya menggunakan nama dan gambar artis tempatan tanpa kebenaran mereka bagi mempromosikan produk kecantikan di laman sosial. 

Kredit foto: Instagram Nourul Wahab

Terkini, penyanyi Nourul Wahab turut meluahkan rasa kesal menerusi Instagram miliknya bahawa beliau turut menjadi mangsa peniaga produk kecantikan yang menggunakan gambarnya bagi mengaut keuntungan.


"Tak tau dah nak cakap macam mana dengan sikap ambil mudah setengah pengusaha produk dan peniaga. Ada yang kata bukan laku pun guna gambar artis. Tapi ternyata artis membantu juga kan?"

"Artis makan, hidup atas angin ke? Bayar bil guna air ke? Ada sesetengah orang menggunakan gambar-gambar kami untuk promosi  produk yang mungkin boleh membantu perniagaan. "

"Kami ni artis berniaga juga. Nama kami, imej dan trademark adalah bisnes kami. Guna nama kami bermakna menggunakan imej dan nama. Imej tu ada harga. Nama tu ada harga." ujarnya memetik laporan dari Mstar.


Kredit foto: Instagram Nourl Wahab

Nourul turut menyeru rakan artis yang lain untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha produk kecantikan yang telah menggunakan nama mereka kerana merasakan ianya adalah satu pencabulan hak apabila gambar-gambar tersebut digunakan tanpa kebenaran bagi melariskan produk mereka.

Kerjaya artis perlu dihormati. Sekiranya mahu menggunakan gambar artis, bolehlah lantik mereka menjadi duta produk. Biarlah keuntungan meniaga itu berkat kan? Semoga bermanfaat. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 26-8-2019 11:02 AM
Nak meniaga kena ada ilmu
Tak boleh ambil gambar di internet
Kena beli royalty free photos kat vectorstocks.com
Quote Cpkay 26-8-2019 11:06 AM
ada lagi ya produk krayolan ni.. since 1995 aku dah kenal produk ni
Quote Cenderakirana9 26-8-2019 11:28 AM
Bagus sangat ke produk kryolan ni
Quote diggerr 26-8-2019 11:29 AM
Samannnnnn
Quote videcloset 26-8-2019 11:43 AM
saman je.
Quote cheekylala 26-8-2019 11:51 AM
setuju..saman je
Quote Laceyx 26-8-2019 12:05 PM
Rasanya dia letak artis sbg colour code sebagai contoh je supaya senang customer nak pilih kod kaler ape yg sesuai. Salah jgk ke kalo gitu
Quote natrahn 26-8-2019 12:09 PM
Laceyx replied at 26-8-2019 12:05 PM
Rasanya dia letak artis sbg colour code sebagai contoh je supaya senang customer nak pilih kod kaler ...

salah..sebab tak minta izin... artis kan hihi...
Quote RatuDunia94 26-8-2019 12:40 PM
Rasanya kalau Nurul masuk GV dapat rantai palsu DSV. Mesti havoc.. sheols boleh tag team dgn kak ecah..
Quote anony-mous 26-8-2019 01:11 PM
Aik?? Nk kata x reti english, sheol kawen mat salleh. Apa yg i phm, iklan tu letak color chart. Kasi contoh different types of skin color jah pon
Quote sfrnna 26-8-2019 01:16 PM
Dia ni perasan la org guna pic dia utk pemasaran. Dia just bagi contoh colour code je pun. Plus, benda tu dah bertahun. Dah sendu tu sendu la.. Dok rumah senyap2 layan laki. Toklaki dah xmau bg elaun ka.??
Quote minguk 26-8-2019 01:27 PM
hmmm pape je lah....
Quote mieymiey 26-8-2019 01:47 PM
Masih wujud lagi ker produk ni??
Quote Fleur81 26-8-2019 03:20 PM
Walaupun guna gambar dia as colour code sekalipun still kena mintak izin kan
Quote ketambangkang 26-8-2019 04:14 PM
kena la meroyan lebih sket, baru la laku herbalife sheols
Quote sharlenetexas 26-8-2019 04:27 PM
Krayolan ada lagi ke?
Quote nuryakmal 26-8-2019 04:34 PM
mieymiey replied at 26-8-2019 01:47 PM
Masih wujud lagi ker produk ni??

da lebih 60 over years product ni

mmg brand mekap artist level special effect jugak
Quote monsterwife 26-8-2019 06:57 PM
Meenachi ni dah tak relevant
Quote monsterwife 26-8-2019 06:57 PM
ketambangkang replied at 26-8-2019 04:14 PM
kena la meroyan lebih sket, baru la laku herbalife sheols

Product apa yg gunakan dia utk kecantikkan???omg hehehe

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.257276 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top