|
Kisah orang susah memang menyebabkan ramai orang hendak membantu, tetapi dalam dunia sekarang, kadang-kadang kesusahan itu adalah satu penipuan sahaja.
Tidak terkecuali yang turut jadi mangsa adalah Neelofa, yang menerusi Twitternya retweet kisah seorang pakcik di Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS), Cheras yang katanya gelandangan kerana anaknya masuk ICU disebabkan kemalangan. Kisah itu bermula apabila seorang pengguna Twitter memuat naik kisah pakcik itu. Sedih sangat la bacanya. Maka, Neelofa pun cubalah membantu dengan retweet semula kisah viral itu. Tetapi, rupa-rupanya, pengguna Twitter lain mendedahkan pakcik itu memang sudah lama buat kisah kesian untuk menipu orang memberinya duit. Siap dari TBS sehingga ke Kedah dan Pulau Pinang pakcik ni rupa-rupanya menipu. Pusing satu Malaysia ke? Malah, ada pengguna yang sudah memasukkan duit ke dalam akaun bank pakcik itu. Nasib baiklah cuma RM200, berbanding niat awal hendak sedekah RM700. Neelofa sudah memadamkan Tweetnya itu, mungkin ada orang beritahu yang pakcik ni penipu. Itulah, jangan mudah percaya kisah susah dalam internet. Baik siasat betul-betul sebelum cuba bantu! Ada sesiapa yang pernah terjumpa pakcik ni atau orang menipu satu Malaysia begini? - CARI |


aku da x pnh pcye sape pun..even si buta dtg minx sdekah aku da x pcye sbb ada kes..dr aku drma x ikhlas,bek aku drma kat pusat2 tahfiz yg aku da jejak kaki atau tgok sndri
..org malaysia mmg pmurah
tu rmai amek ksmpatan
MatDeghem replied at 26-8-2019 07:08 PM
sejak menjak kebelakangan ini Hajjah banyak buat amalan ..... active dgn issue semasa rakyaat.
R ...



ADVERTISEMENT