Selepas pencemaran sungai yang teruk yang berlaku di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini, orang ramai mula bimbang dengan keselamatan air yang digunakan mereka.
Kebimbangan ini sebenarnya berasas, kerana memang banyak sumber air negara tercemar sampai produk penapis air sudah banyak digunakan orang di rumah mereka. Baru-baru ini, dilaporkan The Malaysian Insight, kenyataan Profesor Ahmad Zaharin Aris dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan hasil kajian yang mengejutkan.
Dia mendapati banyak sumber air negara tercemar teruk sampai bahan kimia di dalamnya mengubah jantina/kecenderungan ikan. Pendek kata, ikan berubah jadi gay- jantan tertarik dengan jantan, betina dengan betina. Malah, ada ikan yang dilahirkan dengan organ berbeza, ikan jantan dengan organ pembiakan betina dan sebaliknya, macam ikan khunsa la! "Ia mengubah kecenderungan seksual ikan dengan mengacau hormonnya supaya jantan tertarik kepada jantan dan betina kepada betina. Pendek kata, ikan gay dan lesbian," katanya. Perubahan jantina ikan ini disebabkan bahan kimia "pengacau endokrin" (EDC) yang mengubah hormon ikan dan memberi kesan kepada sistem pembiakan mereka. Paling bahaya, EDC yang berada dalam tubuh ikan tidak dileraikan bila dimakan manusia, sebaliknya terkumpul dan dalam jangka masa panjang memberi kesan kepada kesihatan manusia yang memakannya. Antara kesan kesihatan yang boleh timbul adalah peningkatan risiko kanser, masalah sistem pembiakaan orang dewasa dan menyebabkan kanak-kanak bantut. EDC ini terhasil dari beberapa sumber seperti industri ubat-ubatan dan kosmetik seperti deodoran, pencuci muka dan ubat-ubatan. Jadi, bila kita guna produk yang mempunyai EDC ini, ia akan mengalir masuk ke dalam sumber air kita. Bagaimanapun, kata Profesor Ahmad, tahap penerimaan badan individu berbeza, tetapi dia menasihatkan supaya pengguna mengurangkan pengambilan ikan untuk kesihatan masa depan. "Jika anda kerap makan ikan, anda perlu kurangkan. Seorang dewasa seberat 80kg hanya boleh makan dengan selamat sekilo ikan tetapi kanak-kanak tidak boleh sebanyak itu. Semua orang ada tahap penerimaan berbeza." katanya. Fuh, ikan pun jadi gay. Anda suka makan ikan? - CARI |
bulan_gerhana replied at 29-8-2019 11:49 AM
hui,,, makan ikan pun dah x selamat... dulu ade article kata makan ayam ari2 pun x selamat.. abih na ...
bulan_gerhana replied at 29-8-2019 11:49 AM
hui,,, makan ikan pun dah x selamat... dulu ade article kata makan ayam ari2 pun x selamat.. abih na ...
RatuDunia94 replied at 29-8-2019 11:38 AM
Ayoooo... so gay lesbian bukan disebabkan hawa nafsu semata khennn... see ikan pon boleh songsang..
mdhelmi replied at 29-8-2019 12:02 PM
makan rasuah
Skuau replied at 29-8-2019 12:16 PM
'Makan hati'....jer la....
ADVERTISEMENT