Usahawan terkenal Sajat di Instagramnya mendedahkan ada pihak cuba "merampas" anak-anaknya.
Sajat mempunyai dua anak kecil berusia empat tahun yang dijaganya sejak lahir. Melalui IGnya, Sajat meluahkan bahawa ada pihak cuba merampas anak-anaknya dan memberi amaran supaya "langkah mayatnya dahulu".
"Apa salah aku kat kau?? Sakit, pelajaran, suka, duka semua aku lalui dengan anak aku.. Aku susah aku tak cerita kat orang.. Biar aku mati untuk menjaga anak anak aku.. Kau jangan sentuh anak aku!! jangan berani nak ambil!!!!" katanya memberi amaran. Dia juga mendedahkan walaupun tidak banyak menceritakan perihal anak-anaknya di media sosial, dia sangat menjaga kebajikan anak-anaknya itu.
Misalnya, belanja bulanan untuk kedua-dua anak itu sahaja mencecah RM4,500. Itu tidak termasuk simpanan pendidikan dan pelbagai kelas anak-anaknya. Malah, dalam setahun dia menyimpan hampir RM12,000 seorang untuk masa depan anak-anaknya. Dia juga mengakui bahawa walaupun dia nakal, dia pandai mendidik anak-anaknya itu dan orang luar jangan sesekali cuba mahu merampas kebahagiannya. "Saya tahu saya nakal, saya tahu saya banyak kekurangan, tetapi tak bermaksud saya mengajar anak saya buat nakal jugak. Sedih sangat bila jadi macam ini. Kenapa dah empat tahun mereka bersama dengan saya, ada pihak nak ambil mereka dari saya??" ujarnya. Kasih seorang ibu kan, walaupun anak-anak angkat tetapi yang dijaga sejak lahir memang terasa seperti anak sendiri. Agak-agaknya, siapalah pihak tak tahu malu mahu merampas anak-anak Sajat itu? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|