CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tandas Di China Satu Mimpi Ngeri? Ini 10 Petua Dari Kaki Travel Yang Perlu Anda Tahu

27-8-2019 11:59 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 15866| Komen: 52|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pertama kali berjalan-jalan ke China beberapa tahun dahulu, sudah diberikan amaran oleh rakan kaki travel mengenai keadaan tandas di negara itu yang dikatakan tidak bersih dan bagai mimpi ngeri. 


Betul ke? Jawapannya Ya dan Tidak. Berikut adalah perkongsian peribadi dan rakan-rakan kaki travel buat mereka merancang ke negara itu buat pertama kali; 


Kredit foto: Carian Google


1. Secara umum, keadaannya sama seperti di negara kita atau di negara Eropah terutamanya di bandar-bandar besar. Banyak tandas yang berada dalam keadaan bersih dan sentiasa terjaga. 

Keadaan ini bagaimanapun berbeza jika anda mengembara ke tempat-tampat terpencil yang kurang menjadi tumpuan pelancong. 


2. Malah, di beberapa tempat sudah ada banyak tandas yang canggih. Contohnya di Lijiang, sudah ada sistem moden yang menunjukkan sama ada tandas kosong atau tidak di skrin, di mana lampu akan menyala jika ia sedang digunakan. 


Kredit foto: Facebook BBM


3. Kebanyakan tandas tidak ada paip air atau tisu untuk membersihkan diri selepas melepas hajat. Petuanya, sentiasa bawa botol air kosong ke mana-mana. 

Tadahlah air dahulu di sinki sebelum memasuki tandas. Tisu basah juga banyak membantu. Boleh juga beli portable bidet untuk dibawa ke mana-mana.


Kredit foto: Shopee


4. Selain tandas jenis duduk dan cangkung, tandas jenis longkang juga popular. Jika air tidak ada, ramai yang akan mengelakkan diri dari menggunakan tandas ini sebab memang sedikit berbau kuat. 

5. Ramai mengatakan kemudahan tandas di Shenzhen, Kunming dan Guangzhou adalah yang paling buruk dan sebolehnya dielakkan. 

Tetapi, jangan biarkan komen ini mempengaruhi pilihan anda kerana masih ada tandas yang memadai di tempat itu walaupun sukar ditemui. 

Tianjin, Xian, Beijing, Shanghai dan Chongqing pula mempunyai banyak kemudahan tandas yang memuaskan.


Kredit foto: Carian Google

6. Banyak tandas yang tidak ada pintu. Jadi pandai-pandailah memilih tempat ketika 'melabur'

7. Di kawasan-kawasan pelancongan utama, contohnya Forbidden City, kebanyakan tandas menggunakan sistem bintang. Jadi, nak guna tandas bersih, carilah yang 4-bintang.


Kredit foto: trevaelchinacheaper

8. Jika keadaan terlalu mendesak, mampir sahaja ke mana-mana hotel besar dan gunakanlah tandas mereka yang sudah pastinya bersih dan moden. Bagaimanapun, petua ini hanya boleh digunakan jika anda berpakaian seperti pelancong asing, agar tidak dihalau pengawal keselamatan!

9. Ketahui simbol atau tulisan China untuk wanita dan lelaki agar anda tidak tersilap masuk.


Kredit foto: travelchinacheaper


10. Berikutan dipermalukan oleh banyak komen negatif dari pelancong luar, Presiden China, Xi Jinping telah melancarkan 'revolusi tandas' di negara itu pada April 2015. Sejak itu, banyak kemudahan sanitasi sudah dipertingkatkan untuk kemudahan para pelancong.


Jadi, jangan biarkan komen-komen negatif mempengaruhi perancangan anda untuk menjelajah China. Yang penting, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Selamat melancong! - CARI
5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • vender

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 27-8-2019 12:04 PM
Bapak seram tandas nyee
Quote Boomibulat 27-8-2019 12:16 PM
Baru nk pgi lunch ttengok gmbr plk..adoiii
Quote umbut 27-8-2019 12:31 PM
Kalau tgk filem2 japan ngan china scene kat kampung2 pun leh nampak beza.. scene blkg umah filem china berlumut kotor..scene blkg umah jepun bersih.. gitewwww pemerhatianku
Quote sarah82 27-8-2019 12:33 PM
Bidet tu berguna tau.. Bagus ada dlm simpanan.
Quote rayriff 27-8-2019 12:47 PM
hahaha adoiii naseb baik rini pose. kalau tak muntah hijau makan lunch ni. apesal hanat sangat tandas tuuuu{:cryrun
Quote rayriff 27-8-2019 12:48 PM
[quote] double post
Quote Artemesiaa 27-8-2019 12:59 PM
Kalau ke negara China nak guna tandas cari hotel atau shopping mall yang betaraf moden.  Yang tu dua je selalunya lebih terjamin kebersihannnya.  Yang ditempat awam elok dielakan untuk cuba memasukinya.
Quote kamil8891 27-8-2019 01:05 PM
Tak payah cerita jauh2.. korang rase agak2 kilang china kat gebeng tu mcm ni tak kikiki
Quote sfrnna 27-8-2019 01:08 PM
Ini I mmg nak setuju, baru borak pasal ni last time. Meh I tunjuk pengalaman member I masa jd expats kat sana. Ni kat tempat kerja. Kalau time tu kena cirit birit, mmg balik Hotel la nampaknya..
263701171_78723.jpg
Quote MyStiQu3 27-8-2019 01:30 PM
sfrnna: Ini I mmg nak setuju, baru borak pasal ni last time. Meh I tunjuk pengalaman member I masa jd expats kat sana. Ni kat tempat kerja. Kalau time tu kena ...


OMG. Sanggup iols tahan sampai balik rumah kalau dah tempat keje pun mcm ni. {:stress

Maybe sebab tu kot cina tanah besar boleh selamba buat "bisnes" kat open2..teringat iols kat kisah pelancong tanah besar yang berak open2 kat pantai kita kat PD. {:nose
Quote Sang_Pencinta 27-8-2019 01:34 PM
sfrnna replied at 27-8-2019 01:08 PM
Ini I mmg nak setuju, baru borak pasal ni last time. Meh I tunjuk pengalaman member I masa jd expats ...

Noooooooooo... Ngeri
Quote MsKathryn 27-8-2019 01:42 PM
Migrain tgk
Quote RatuDunia94 27-8-2019 02:01 PM
Ewww... betul la.. nak tgok mentaliti org tu.. kena tgok tandas dia bersih ke tak.. iols kalau pergi rumah sape kadang saje2 nak tumpang toilet sbb nk tgok bersih ke tak. Ye lah kalau hari2 g ofis pakai cantik2, mekap 10 inci tp tandas berlumut bau hancing apoo??
Quote Cpkay 27-8-2019 02:12 PM
kat malaysia pun apa kurangnya.. boleh terbantut hasrat nak memerut
Quote anaktoyol 27-8-2019 02:21 PM
hand bidet tu leh guna botol tempat letak sos ...saiz besar la...puas hati sikit...picit memancut mcm air paip...selesa sikit nak cebuk...
Quote Fleur81 27-8-2019 02:24 PM
Memang mimpi ngeri tengok tandas rupa gini
Quote helicornia 27-8-2019 02:42 PM
wei 10 tahun lepas aku gi beijing wekk tandas busuk n kotor ya amat.air tkde tu biasa. tempat tumpuan tourist tu.terpaksa masuk dgn hidung ikat dgn pasmina.

ada sorang makcik org malaysia tengok aku gitu dia ketawa.makcik dh dtg sini dlm tahun 80an lagi teruk, toiletnya takde pintu.errkk
Quote missdahlia 27-8-2019 02:46 PM
Quote anony-mous 27-8-2019 03:08 PM
I pernah cancel nk ke china sbb benda ni la haha. Walaupon tiket ada org sponsor

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top