Hos TV, Lara Spenser, 50, dikecam ramai kerana mempersendakan minat Putera George, 6, anak sulung Putera William dan Kate Middelton dalam tarian balet. Hos TV itu mencetuskan kemarahan apabila membuat kenyataan tidak sensitif dalam rancangan The Good Morning America. Berikutan itu, beliau terpaksa memuat naik kenyataan permohonan maaf dalam Instagramnya.
"Saya dengan penuh keikhlasan ingin memohon kemaafan ke atas komen saya yang tidak sensitif dalam rancangan TV kelmarin. "Sesiapapun boleh meminati baletatau apa sahaja minat mereka" katanya. Dalam rancangan bual bicara TV tersebut, Spenser membincangkan kurikulum baru Putera George di sekolah St Thomas Battersea dan tergelak besar selepas mendapati bahawa Putera itu akan mengambil subjek tarian balet di samping matematik, sains dan sejarah. "Putera William, tengoklah nanti sampai bila Putera George akan minat balet," katanya berseloroh. Susulan segmen itu, peminat dan barisan selebriti seperti koreagrafer terkenal Brian Friedman, Cher dan Britney Spears mengecam serta mendesak beliau meminta maaf. Sekolah di mana Putera George belajar turut mengeluarkan kenyataan bahawa silibus tarian balet direka supaya dapat membantu stamina dan fizikal, kreativiti, ekspresi, tempo dan pelbagai gerakan. Kontroversi ini turut mengundang persoalan, masihkah ada stigma untuk pelajar lelaki yang berminat mempelajari tarian? - CARI
|
RatuDunia94 replied at 25-8-2019 04:22 PM
Tgok Prince George pon mmg ada ke arah gayah....
ADVERTISEMENT