Seringkali kita mendengar berita kurang baik tentang bubble milk tea yang sememangnya sinonim sekali dalam masyarakat kita. Kalau berkunjung ke pusat membeli-belah, memang tak sah kalau tidak membeli minuman sedap itu. Tapi, selamatkah minuman ini?
Seorang lelaki berusia 20 tahun di Vietnam mengadu sakit perut sejak pertengahan Julai sebelum akhirnya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila diperiksa oleh doktor, lelaki tersebut disahkan mengalami usus tersumbat lalu terpaksa menjalani pembedahan. Menurut doktor, punca usus tersumbat adalah kerana sisa makanan yang tidak dapat hadam kerana terlalu keras dan pejal, yang juga bermaksud makanan itu tidak dapat dihancurkan oleh sistem badan. Setelah pembedahan dilakukan, doktor menemui dua ketulan besar berwarna hitam tersekat di usus pesakit itu, yang rupa-rupanya ketulan kanji ubi kayu. Apabila ditanya, lelaki itu pernah bekerja di kedai menjual bubble milk tea sebelum ini. Dia mengaku meminum minuman ini bersama boba pearl sebanyak tiga kali sehari. Doktor mendakwa kes lelaki ini sangat berbahaya dan sekiranya terlambat boleh membawa maut. Walaupun boba pearl hanya diperbuat daripada tepung ubi kayu, namun pengambilannya secara berlebihan mungkin tidak boleh dipandang ringan disebabkan sifatnya yang kenyal dan susah untuk hadam. Jom kita semak balik gaya pemakanan kita? - CARI |
ADVERTISEMENT