Masih lagi isu penggunaan tulisan Jawi yang mendapat tentangan sesetengah pihak, kini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada JAKIM agar mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pengeluar.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, sebagai contoh jika produk itu dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi seperti sebelum ini. Manakala, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam maka Jakim perlu mengeluarkan sijil dalam tulisan Jawi. “Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi. “Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya. Beliau juga memberikan contoh makanan segera seperti roti pau yang menggunakan nama Melayu sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam. “Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam. “Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT