Gara-gara membunuh dan membakar mayat kekasihnya selama tiga hari, seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Tertuduh didapati bersalah selepas polis menemui gumpalan rambut, cebisan pakaian dan tali pakaian dalam mangsa.
Harian Metro melaporkan Leslie Khoo Kwee Hock, 51 didapati bersalah mencekik Cui Yajie, 31 hingga mati dalam keretanya selepas mangsa meminta lelaki itu membayar hutang berjumlah SG$20,000 atau bersamaan RM60,354. Tertuduh seterusnya membakar mayat wanita itu bagi menghapuskan bukti sebelum polis menemui cebisan pakaian dan rambut mangsa. Difahamkan juga, selepas membunuh wanita itu, Leslie menutup mayat mangsa menggunakan beg pakaian dan meninggalkannya dalam kereta semalaman.
Keesokannya dia membawa mayat itu ke tempat sunyi dan membakarnya selama tiga hari bagi menghapuskan bukti. Namun, semuanya terbongkas selepas polis berjaya menemui bahan bukti berupa gumpalan rambut, tali coli dan cebisan pakaian mangsa. - CARI |
matchstick: Gf dia muda n lawa lah jgk.. Kalau kata gf tu yg kikis duit apek ni n x mau byr balik logik lah jgk. Ni x padan dgn tua n rupa x semenggah.
Ethernet replied at 23-8-2019 08:45 PM
hmmmmmm
Ethernet replied at 23-8-2019 08:45 PM
hmmmmmm
ADVERTISEMENT