CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meninggal Dunia Akibat 'Patah Hati' Jam Tangan Mendiang Suami Disamun

23-8-2019 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3414| Komen: 18

Wanita warga emas dilaporkan meninggal dunia beberapa bulan selepas dipercayai mengalami kemurungan dan 'patah hati' apabila jam tangan mendiang suaminya disamun.



The Sun melaporkan, rumah Betty Munroe, 93, di Northampton telah dipecah masuk beberapa penyamun pada Jun lalu.

Selain jam tangan mendiang suaminya, rantai emasnya turut 'dibedal' tiga penyamun yang menyamar sebagai polis terbabit.

Betty yang mengalami tekanan selepas trauma (PTSD) serius berikutan kejadian, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kelmarin.



Menurut polis Northamptonshire, penyamun memecah masuk melalui pintu di laman belakang rumah mangsa kira-kira jam 11 malam pada 1 Jun lalu.


Selain jam tangan dan barang kemas berkenaan, mereka turut melarikan beg duit dan beberapa kad bank wanita tua itu.

Kejadian itu menyebabkan kesihatan mangsa merosot dengan cepat dan disahkan mengalami simptom PTSD yang teruk.

Betty kemudian dibawa ke hospital kerana mengalami masalah jantung sebelum doktor mengesahkan dia menghidap Sindrom Takotsubo yang juga dikenali sebagai 'sindrom patah hati'.


Kredit foto: The Sun/PA:Press Association

Menurut ahli keluarga Betty, sebelum kejadian, wanita itu tinggal seorang diri dan merupakan seorang yang periang.

"Mereka (penyamun) bukan sahaja melarikan harta benda yang berharga, malah turut meragut keinginannya untuk meneruskan hidup kerana terus dibelennggu ketakutan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HujanBatuTiga 23-8-2019 01:53 PM
Semoga penyamun dikacau hantu mendiang laki bini..
Quote diggerr 23-8-2019 02:37 PM
True love exist {:cryrun
Quote gideoncross 23-8-2019 05:19 PM
diggerr replied at 23-8-2019 02:37 PM
True love exist {:cryrun

Mungkin jam tngn tu je yg jdi bnda utk kenangan ktika laki bliau msih hidup.
Quote gideoncross 23-8-2019 05:20 PM
HujanBatuTiga replied at 23-8-2019 01:53 PM
Semoga penyamun dikacau hantu mendiang laki bini..

Dgn hantu mendiang laki skali gus, yg ni iols stuju.
Quote MFR_IN 23-8-2019 05:22 PM
HujanBatuTiga replied at 23-8-2019 01:53 PM
Semoga penyamun dikacau hantu mendiang laki bini..

iols setuju..
Quote armin 23-8-2019 06:33 PM
Celaka betul penyamun. Harap kau rasa bersalah sampai mati buat nenek tua tu macam ni
Quote Foxey 24-8-2019 12:57 AM
Kesian nenek ni. May she rest in peace
Quote ainashiqa 24-8-2019 02:01 PM
Sampai hati penyamun tu g meeompak org tua..
Quote jazaa100 24-8-2019 07:05 PM
Harap tak tenang lah penyamun tu seumur hidup...tu je yg ada kat org tua ni...kau rampas pulak....
Quote Xim 24-8-2019 07:20 PM
Kesiannye bace . Jhtla wei rompak org tua x brdaya . Yg rompak pun keje malas . Duit nk dpt cpt je . Yihh
Quote Pink_Purple 24-8-2019 07:20 PM
jahatnya penyamun...
Quote najib888 24-8-2019 11:12 PM
doktor mengesahkan dia menghidap Sindrom Takotsubo yang juga dikenali sebagai 'sindrom patah hati'.


Takotsubo..
Quote ninja boy 25-8-2019 06:39 AM
Target org tua byk  brg kemas. Rumah takdak grill spt di Malaysia ka
Quote raxief 25-8-2019 09:47 AM
https://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/empat-sahabat-maut-1.191821

kalau korang ingat kes ni, salah sorang mangsa ialah adik kawan bini aku.. last year, rumah dia kena pecah & jam tangan arwah adik dia kena rembat.. sampai demam juga kakaknya bila jam tangan tu kena rembat..

bini aku ckp, jam tu ada bau adik dia.. sentimental.. harap2 yg merembat tu hidup tak aman, dihantui roh pemilik jam
Quote ketambangkang 25-8-2019 02:23 PM
benda sentimental value ni jgn buat main
Quote me12345 25-8-2019 03:39 PM
Kena cekik la harapnye pencuri
Quote jeligoreng 27-8-2019 09:42 AM
Aku harap penjahat-penjahat tu dihantui rasa bersalah seumur hidup sampai mati
Quote Madel 27-8-2019 09:46 AM
Kesian nenek
Semoga nenek skrg aman bahagia berada disamping atuk di dunia sana.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.094956 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top