Kecoh seketika rakyat Malaysia apabila isu pedofil heboh diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan satu kebimbangan terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Apa itu Pedofilia? Menurut kajian, pedofilia merupakan satu orientasi seksual di mana pelaku mempunyai keinginan seksual luar biasa terhadap kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah, malah sehingga ada yang bernafsu terhadap bayi satu bulan! Ngeri! Manakala terma pedofil merujuk kepada pelaku pedofilia. Secara lanjutnya, pedofilia merupakan sejenis keinginan untuk melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak serta bayi. Walaupun sekadar mempunyai rasa tertarik dan berfantasi melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak walaupun tidak pernah menyentuh mereka, seseorang itu masih dianggap sebagai pedofilia.
Persatuan Psikiatri Amerika (APA) telah mengklasifikasikan manusia yang mempunyai nafsu dan keinginan seks terhadap kanak-kanak ini adalah mempunyai penyakit mental. Peningkatan kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia juga semakin membimbangkan. Apakah yang telah terjadi sebenarnya? Ke manakah kanak-kanak kecil yang tidak berdaya ini pergi? Persoalan tersebut kini dilihat semakin meruncing dengan pendedahan laman 'dark web' yang dikatakan menjadi salah satu punca kehilangan kanak-kanak ini. Di laman 'dark web' ini, terdapat beribu laman yang memaparkan video serta gambar-gambar sadis memaparkan anak-anak kecil didera, dirogol dan dibunuh. Malah, terdapat kes di mana pedofil mengaut jutaan ringgit kerana menjual gambar dan video bayi semuda 1 bulan diperlakukan secara ganas akibat dirogol oleh lelaki dewasa. Namun, yang mengejutkan Malaysia terdapat juga manusia bergelar pedofil ini yang tidak segan silu menawarkan video dan gambar lucah anak kecil dalam aplikasi seperti Whatsapp Group dan Telegram. Mengikut statistik daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seramai hampir 5000 individu dilaporkan hilang pada tahun 2013, dan hanya lebih kurang 2,400 orang berjaya ditemui semula. Yang menyayat hati, 45 peratus daripada kes orang hilang melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun. Mengimbas kembali sejarah pedofilia yang pernah berlaku di negara kita, iaitu kes Richard Huckel. Dia yang merupakan seorang sukarelawan berimej baik dan dilihat sebagai seorang yang sayangkan kanak-kanak. Richard telah ditahan dan didapati telah melakukan perbuatan keji tersebut selama 9 tahun sebelum diberkas polis pada tahun 2017. Kebanyakan mangsa Richard berumur dalam kalangan 6 bulan sehingga 12 tahun. Hanya selepas penahanan Richard itu, kerajaan Malaysia baru menubuhkan undang-undang mengenai jenayah seksual kanak-kanak pada tahun 2017. Baru-baru ini kecoh pula mengenai seorang pedofil dari Malaysia yang mengakui 'tidak merasa apa yang dilakukannya itu salah' akibat perbuatannya mengumpul hampir 30,000 video dan gambar lucah kanak-kanak, serta video seks yang diklasifikasikan sebagai 'Kelas A' dalam sejarah kesalahan melibatkan pedofilia. Nur Fitri Azmeer Nordin, pelajar Malaysia di London yang telah diberkas kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. Kini dia sedang menyambung pelajaran di peringkat PHD di UKM. Sebagai ibu bapa, apa yang perlu dilakukan dalam memastikan keselamatan anak-anak? Bahaya itu tidak diundang, malang itu tidak berbaur. Namun sebagai ibu-bapa, paling tidak pun kita boleh memastikan keselamatan anak-anak lebih terjamin di bawah pengawasan kita. Antara yang boleh dilakukan adalah: 1. Tidak sesekali memuat naik gambar atau video anak-anak kecil tidak berbaju atau berpakaian tidak sopan di laman sosial. 2. Bersifat selektif dan lebih baik merahsiakan kepada umum di mana lokasi anak anda bersekolah dan sebagainya. 3. Latih anak anda untuk tidak memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menyentuh kemaluan dan bahagian intim mereka. 4. Sering bertanyakan apa yang terjadi di sekolah, taska dan sebagainya. Kenal pasti jika terdapat perubahanpada tubuh badan terutama bahagian intim. 5. Beri perhatian jika anak kelihatan tidak selesa, atau kelihatan murung berbanding hari biasa. 6. Tidak membiarkan anak-anak berseorangan di tempat awam tanpa pengawasan orang yang dipercayai. 7. Sentiasa membuat pemeriksaan ke atas telefon bimbit anda jika terdapat perkara mencurigakan. Diharap semua ibu-bapa memberi lebih perhatian kepada isu ini kerana sesungguhnya perkara ini sangat serius! Hubungi talian Nur 15999 atau segera membuat laporan pemeriksaan kesihatan jika anak-anak anda menjadi mangsa pedofilia. - CARI Kredit info: Says.com |
cmf_Strawberry replied at 28-8-2019 08:59 AM
Sedih sgt2 and depressing. Semoga lebih byk kempen dan kesedaran pasalni. Kdg i wonder negara mcm uk ...
ADVERTISEMENT