CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Retak Gegendang Telinga Di Tampar Guru

3-10-2013 12:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12787| Komen: 150




Bekas MP Dakwa Guru Tampar Anak Saudara, Mengakibatkan Gegendang Retak
GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Bekas anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng Rabu membuat laporan polis mendakwa guru sebuah sekolah di sini menampar anak saudaranya semalam, menyebabkan gegendangnya retak.

Beliau berkata guru lelaki berusia 40-an itu marah kerana anak saudaranya itu, Tan Xin Ren, 11, didakwa berbual dalam kelas dan tidak memberi tumpuan dan telah menamparnya selepas memintanya menemuinya selepas waktu persekolahan.

Pemeriksaan doktor di Hospital Island di sini mengesahkan gegendang telinga kiri anak saudaranya retak dan pendengarannya terjejas, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya laporan telah dibuat di Balai Polis Tanjong Tokong dan beliau akan membawa anak saudaranya itu ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Tan berkata sekiranya anak saudaranya nakal, guru terbabit sepatutnya mengambil pendekatan berhemah untuk mendidik pelajar mereka.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 3-10-2013 09:32 AM
Bekas Ahli Parlimen dakwa guru tampar anak saudara, gegendang retak
GEORGETOWN: Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini membuat laporan polis mendakwa guru sebuah sekolah di sini menampar anak saudaranya semalam, menyebabkan gegendangnya retak.
Beliau berkata guru lelaki berusia 40-an itu marah kerana anak saudaranya itu,
Tan Xin Ren, 11, didakwa berbual dalam kelas dan tidak memberi tumpuan dan telah menamparnya selepas memintanya menemuinya selepas waktu persekolahan.


Pemeriksaan doktor di Hospital Island di sini mengesahkan gegendang telinga kiri anak saudaranya retak dan pendengarannya terjejas, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Katanya laporan telah dibuat di Balai Polis Tanjong Tokong dan beliau akan membawa anak saudaranya itu ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.


Tan berkata sekiranya anak saudaranya nakal, guru terbabit sepatutnya mengambil pendekatan berhemah untuk mendidik pelajar mereka. - BERNAMA

sumber= berita harian
Quote miawpink 3-10-2013 09:33 AM
Bekas MP Dakwa Guru Tampar Anak Saudara, Mengakibatkan Gegendang Retak
GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Bekas anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng Rabu membuat laporan polis mendakwa guru sebuah sekolah di sini menampar anak saudaranya semalam, menyebabkan gegendangnya retak.

Beliau berkata guru lelaki berusia 40-an itu marah kerana anak saudaranya itu, Tan Xin Ren, 11, didakwa berbual dalam kelas dan tidak memberi tumpuan dan telah menamparnya selepas memintanya menemuinya selepas waktu persekolahan.

Pemeriksaan doktor di Hospital Island di sini mengesahkan gegendang telinga kiri anak saudaranya retak dan pendengarannya terjejas, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya laporan telah dibuat di Balai Polis Tanjong Tokong dan beliau akan membawa anak saudaranya itu ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Tan berkata sekiranya anak saudaranya nakal, guru terbabit sepatutnya mengambil pendekatan berhemah untuk mendidik pelajar mereka.



-- BERNAMA

Quote mommymonster82 3-10-2013 09:36 AM
Padan muka jerit lagi..cikgu tanay dok jerit2 plak..bukan kata budak..kalu anak saya pon saya lempang....
Kena ngan cikgu elelaki macm ni baru ada akai....
Dengan cikgu pompuan ckp lembut korg pijak kepala...
Quote FlowerGirl 3-10-2013 09:41 AM
Budak ni mmg problematic dr awal kot. Org tanya ko tinggikan suara. Kalau aku pun akan bg pelempang
Quote biosfree 3-10-2013 09:45 AM
padan muka
Quote PostBanhammer 3-10-2013 09:47 AM
Yang kene budak cina.... Kalau budak melayu, mesti ramai forummer sini bekap.
Quote Omong 3-10-2013 09:48 AM
biosfree posted on 3-10-2013 09:45 AM
padan muka

kesiannya, sorang lagi org pulau pekak
















Quote housequeen 3-10-2013 09:49 AM
aku tak menyokong tindakan cikgu yg menampar sampai cedera gegendang telinga budak ni....tapi it's a very good lesson to budak ni supaya jng bersikap kurang ajar dng guru....kan dah kena lempang...
Quote cahayachenta 3-10-2013 09:50 AM
skrg ni keja cikgu bukan senang.. tak macam dulu... cg bt apapun tp mak bapak x buat pun laporan polis... hasilnya budak2 akan jd disiplin...

tp skrg, even kat u pun, pelajar dh hilang respek kat lecturer... lecturer mrh pun diorg buat bodoh je...

mcm kes ni, tak ke kurang ajar kalau dia pulak menengking cikgu tu... apasal taknak tulis no phone bapak dia? takut kena marah dgn bapak ke sebab nakal?

nak ambil pendekatan berhemah apa? cuba bagi cara nak ambil pendekatan macam mana dgn budak2 yang nakal dlm kelas ni... cakap senang, tapi cikgu2 yang nak hadapinya tu macam mana... kesian kat cikgu2 skrg...

by the way, aku dulu pernah je kena denda dengan ustazah sbb tak hafal surah... akibatnya kena ketuk ketampi 100x... kesannya berhari2 kaki rs kejang... nak naik tangga kena naik pelan2... aku citer kat mak aku, dia kata padan muka je... xda pun buat laporan polis... sampai skrg aku respek ustazah tu... bukan aku je malah kawan2 pun semua still ingat ustazah tu... xda pun kami marah dengan cara dia denda... sbb tahu tu memang salah sendiri...
Quote cik.ijaw 3-10-2013 09:54 AM
harap2 cikgu tu bukan bangsa yg berlainan.takut jadi isu nanti
Quote haryatie 3-10-2013 10:03 AM
sian nyer..
ngan budak2 ni mmg boleh buat hilang sabar
mmg rasa nak bg jerk penampar jepun, klau da spesis kurang ajar tu..
tp jgn la smpai mencacatkan...
Quote BurningTimes 3-10-2013 10:10 AM
Ummah yina yukit kefir lehnatulloh di ancam oleh ummah mulayu syumul sunni syafie wal jamaah felda pprt?



Quote prettyuglybabe 3-10-2013 10:23 AM
kesian mangsa.. dia ni budak baik, dengar cakap mak pak, rajin buat kerja rumah. mustahil kurang ajar kat sekolah
Quote sashin 3-10-2013 10:25 AM
rasanya cikgu tu melayu kot..tu yang dia berkobar2 buat report n ect..
kalau cikgu cina..mungkin isu tak jadi se-hot ini kot..

kalau dah ada anak murid yang kurang ajar camni..ada lebih baik buat derk jer..biar la dia faham ker tak
Quote Nash^Roy 3-10-2013 10:36 AM
budak nya kurang ajar.. cikgu lak mental.. mmg padan la..
Quote asher 3-10-2013 10:38 AM
fatut nyer lempang dua2 belah skali..baru balance..
Quote rospinki 3-10-2013 10:44 AM
Kan..padan muka. Budak2 skrg kuwang ajar betul la..naik tanggal rahang kita berucap dia buat derkkkk je..eeee geram betul la. Apa salah dia jawb..Yess madam!!! Hik2
Quote ken2004 3-10-2013 11:02 AM
i believe in anyway violence is not the solution in school. If the teacher did slap the student, it was sure the teacher is at the fault here. As a teacher, they are the role model for the student and their maturity level is way above the student. Teacher are highly praised in anyway in the world because they are always portray as selfless and compassionate in educating the new generation. Therefore, the teacher should follow the process and correct method to punish and educate their student instead of using their own method to protect the student with the teacher them self.

If the teacher already behave in such a way where they can't control their own emotion effectively, we will expect the same thing practice by their student who will take this as an example to vent their frustration as their teacher did the same thing in the future.

Another thing I can't really understand is why anything happen in the school, race will be the focus instead of the real problem which is the teacher and student.
Quote MegiTomyam 3-10-2013 11:43 AM
Budak ni biadap, tapi cikgu pun biadap sama. Salah cara nak hukum budak.

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053489 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top