Orang dulu-dulu ada mengatakan 'demi cinta belahlah dadaku'. Tapi zaman sekarang pasangan kekasih sanggup melakukan apa sahaja untuk bersama, walaupun merentasi sempadan.
Itulah yang dilakukan oleh seorang jejaka Malaysia, Engku Mohammad Hadri Engku Hassan, 34, yang sanggup memandu sejauh 250,000 kilometer dari negara ini ke Jerman selepas jatuh cinta dengan kekasihnya yang menetap di negara itu. Hadri berkenalan dengan gadis itu melalui internet sekitar tahun 2007. Dua tahun kemudian, mereka berdua bertemu mengesahkan hubungan masing-masing dengan pertunangan dan tahun ini, beliau memutuskan memandu kenderaan ke sana untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Menurut perkongsian Hardi di Facebooknya, beliau memulakan perjalanannya dari Putrajaya pada 19 Ogos lalu dan dijangka akan merentasi 25 negara termasuk China, Mongolia, Latvia dan Russia sebelum sampai ke destinasinya, Jerman.
Kos perjalanan dianggarkan berjumkan RM250,000 jauh lebih mahal daripada sekeping tiket penerbangan! Untuk keselamatan, jejaka itu akan diiringi dua pemandu lain dalam kenderaan Toyota AE86. Menurut Malay Mail, Hardi yang dibantu oleh ayahnya merancang perjalanan itu akan turut mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020. Sumber Bernama memberitahu Hardi akan dibantu oleh Tourism Malaysia mendapatkan Visa. Selaiin itu beberapa pihak swasta juga turut memberikan sumbangan. Wow! Sudah pasti satu perjalanan yang mengujakan. Tetapi berbaloikah perbelanjaan sebesar itu untuk perjalanan melangsungkan perkahwinan? - CARI |
ADVERTISEMENT