Susulan seorang pembantu politik Ahli Dewan Undangan negeri terima ugutan menerusi satu sampul surat yang mengandungi sebilah keris kecil baru-baru ini, para warganet mula memberikan reaksi mereka.
Difahamkan Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad dihujani soalan sama ada pengguna boleh menggunakan khidmat pos untuk menghantar senjata seperti parang. Memetik laporan Utusan Malaysia, antara soalan yang dimukakan seperti: "Hi Pos Malaysia. Ini pertama kali saya membuat pertanyaan. Nak tanya boleh tak saya pos parang ke kampung menggunakan pos biasa? Letak setem? "Sebab hari itu dalam media ada nampak seseorang menerima kiriman keris guna pos biasa. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan kos," tanya pengguna tersebut.
Pun begitu, admin Facebook berkenaan menegaskan senjata dilarang sama sekali dihantar menggunakan pos. "Hi terima kasih di atas pertanyaan anda. Tidak. Untuk makluman parang dan senjata berbahaya adalah barangan larangan untuk pengeposan. "Pengeposan item seperti berikut akan ditahan dan dirampas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan berikut www.poslaju.com.my/ship-with-us/?fbclid=IwAR3gqiA_bLy7JkA3cgNeHR9lk6ALBS-jk0-E_cdbpbcy9aydhbMCoanvGe0 ," jawab Pos Malaysia Berhad. Terdahulu, pada 20 Ogos lalu, pembantu politik Adun Balakong menerima ugutan melalui sampul surat mengandungi sebilah sejnata tajam, disyaki ada kaitan dengan kempen bantah tulisan jawi. - CARI
|
sarah82 replied at 22-8-2019 01:51 PM
Aku pos brg guna J&T hari tu selamba saja cina siam sebelah aku pos pisau daging ke Langkawi.
Ja ...
sarah82 replied at 22-8-2019 01:51 PM
Aku pos brg guna J&T hari tu selamba saja cina siam sebelah aku pos pisau daging ke Langkawi.
Ja ...
sarah82 replied at 22-8-2019 03:14 PM
Tu la kan.
Malaysia.Doom replied at 22-8-2019 04:07 PM
Kalau kami Pos Keris atau Kawali dan Pedang dari Tanah Bugis memang Tak guna Pos Indonesia atau Po ...
sarah82 replied at 22-8-2019 04:59 PM
Aku x tau Doom.. Aku tak pernah pos pisau.. Sbb takut juga x benar.. Aku ada berkenan set pisau da ...
ADVERTISEMENT