Anggota forensik sedang menjalankan siasatan ke atas mayat mangsa. PETALING JAYA - Seorang wanita ditemui maut dalam keadaan separuh bogel selepas dipercayai terjatuh dari salah sebuah rumah di Casa Suites Service Apartment, Tropicana City, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.23 pagi itu, wanita berkenaan yang dipercayai warga tempatan ditemui mati dalam keadaan hanya berbaju dalam. Menurut salah seorang penyelia penyelenggaraan blok tersebut, Zulkifli Yahya, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh salah seorang pengawal keselamatan di situ kira-kira jam 5.15 pagi. “Salah seorang pekerja di kedai serbaneka berdekatan memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pengawal keselamatan dan pihak berkenaan merujuk kepada saya,” katanya. Menurut Zulkifli, dia kemudian memaklumkan kejadian kepada polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Katanya, pihak polis mengambil masa 10 minit untuk sampai ke lokasi kejadian dan setakat ini identiti wanita berkenaan masih belum dapat dikenal pasti. “Kami mengalami kesukaran untuk membuat pengecaman kerana mangsa cedera parah di bahagian kepala. Muka mangsa pecah, malah serpihan gigi dan otaknya ditemui bersepai di sekitar lokasi kejadian," katanya. Zulkifli berkata, polis masih menyiasat rumah dari aras mana yang menjadi lokasi terakhir mangsa sebelum ditemui mati memandangkan tiada saksi kejadian. "Rakaman CCTV di bahagian bawah bangunan juga tidak dapat menunjukkan dari aras mana wanita terbabit terjatuh. Polis masih menyiasat malah anjing pengesan turut digunakan," katanya. Dalam pada itu, dia memaklumkan, ada penduduk terdengar bunyi orang bertengkar sebelum kejadian berlaku namun tidak dapat dipastikan dari aras mana. Tambahnya, polis juga turut tidak menemui sebarang dokumen memandangkan mangsa ditemui mati dalam keadaan sedemikian. “Ini merupakan kejadian pertama berlaku di kawasan ini sepanjang lima tahun saya berkhidmat sebagai penyelia dan ia sangat mengejutkan,” katanya. Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan kejadian. Katanya, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian dan siasatan terperinci sedang dilakukan.
|
rospinki posted on 3-10-2013 08:37 AM
mentangla pempuan half naked mati punyala ramai officer forensik lelaki yg dtg on scene.
asher posted on 3-10-2013 10:42 AM
nama baru kot..biasa la reporter mesia..
fifie_olin posted on 3-10-2013 10:44 AM
hehe puaslah dok jelajah setiap inci bdn ek...
ye ke tergelincir ...mn tau kena tolak ka...x pon ...
noell posted on 3-10-2013 10:53 AM
bukan dekat building @dino keja ka??? bukan selalu org terjun dekat situ ka???
rospinki posted on 3-10-2013 10:37 AM
mentangla pempuan half naked mati punyala ramai officer forensik lelaki yg dtg on scene.
ADVERTISEMENT