"Pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak dapat menampung kehidupan di bandar menyebabkan masalah kemiskinan semakin membimbangkan." Golongan sebegini dikategorikan sebagai miskin bandar dengan mengambil kira pendapatan seisi rumah. Menyedihkan namun itulah hakikat yang perlu ditelan oleh sebahagian besar mereka yang berada di bandar besar. Lebih menyedihkan dengan gaji yang tidak cukup ini, mereka terpaksa memenuhi tuntutan bil dan pelbagai lagi bayaran hingga tiada lagi yang tersisa. Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, akan menyebabkan masalah sosial seperti dadah, vandalisme, buli dan keciciran pelajaran.
Itu adalah hasil kajian dari Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri yang mendapati masalah kemiskinan bandar datangnya dari mereka yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR). Jika ini pun tidak cukup, bayangkan gaji yang lebih kecil dari nilai tersebut? Menurut warganet, kajian tersebut mungkin tidak tepat kerana ramai yang mempunyai gaji lebih rendah dari RM3,800 dan mereka terpaksa bercatu untuk mencukupkan makan pakai seisi keluarga. Dengan itu, ada warganet yang menyatakan bahawa mereka yang menjawat jawatan Menteri sahaja boleh bersenang lenang hidup di bandar sementara yang lain berada di paras gaji minima, iaitu RM1,100. Itu pun masih berlaku tawar menawar antara kerajaan dan majikan. |
diggerr replied at 22-8-2019 08:46 AM
Kita ni underpaid while menteri overpaid
tagas replied at 22-8-2019 12:49 PM
jadah ape menteri siap ada elaun istimewa 1.5k utk ape
politik manjang keje kelaut mkn gaji bute
...
ADVERTISEMENT