Sebuah McDonald's cawangan Bukit Bintang telah menukar nama kepada Mekdi. Mereka mengambil keputusan ini kerana cawangan Bukit Bintang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.
Sering dipanggil menerusi nama pendek ‘McD’, Mcdonald’s Malaysia mengambil inisiatif jiwa Malaysia dengan menggunakan nama ‘Mekdi’. Menurut info selama 37 tahun makanan segera ini bertapak di tanah air, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus. "Jadi, kami berhasrat untuk menukar nama jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia," kata Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai kepada NST. Netizen turut sama memuji usaha jenama ini dalam menyuntik elemen lokal sempena kempen kemerdekaan kali ini. "Bagus utamakan cita rasa tempatan dalam kita menyambut bulan kemerdekaan 31 Ogos ini. "Saya baru saja singgah, tak percaya ia betuk-betul berlaku. "Alah, tukar sajalah terus. Negara lain okey je tukar ikut sebutan diorang huhuhuhu. "Kepsi mana?" antara reaksi netizen berhubung isu ini. Seiring bulan kemerdekaan, Mekdi turut memperkenalkan menu Nasi Lemak yang merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Jadi, on tak on tukar nama McDonald's kepada Mekdi? - CARI
|
ADVERTISEMENT