“Saya mengecam tindakan beberapa pihak yang menggantungkan bendera secara terbalik. Adakah ini suratan atau kebetulan?” Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail mempersoalkan pemasangan bendera terbalik oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini menjelang hari kemerdekaan. Rizam mendakwa ramai pengguna media sosial membuat aduan mengenai pemasangan bendera terbalik di bangunan di seluruh negara. Loading FB Post...
Dalam kenyataannya hari ini seperti dipetik MalaysiaKini, Rizam mengingatkan kepada semua pihak agar tidak mengambil mudah mengenai perihal pemasangan bendera kerana ia lambang kebesaran dan kedaulatan negara. “Saya berharap isu ini tidak lagi berlaku dan ingin mengingatkan kepada semua premis yang ingin memasang Jalur Gemilang supaya lebih berhati-hati dengan membuat pemasangan yang betul sebelum ia dinaikkan dan dikibarkan,” katanya. Sementara itu, UMW Toyota menerusi laman Facebooknya memohon maaf bagi pihak sebuah premis pengedarnya yang menggantung bendera terbalik. - CARI |
sqlite3 replied at 20-8-2019 01:23 PM
bila kita panggil mereka ni pendatang, mereka marah. tapi itulah...
ADVERTISEMENT