CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Tunggakan Gaji Belum Dibayar, Pekerja Utusan Melayu Anjur Piket

19-8-2019 04:50 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4572| Komen: 27|Original author: Tukang Tulis

Pekerja-pekerja Utusan Melayu mengajurkan piket menuntut gaji yang tertunggak. Kredit foto: NUJ Utusan Melayu


Ekoran kegagalan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar gaji yang tertunggak sejak Julai lalu, sekumpulan pekerjanya yang juga ahli Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menganjurkan piket pada 19 Ogos.

Mereka berhimpun secara aman selama sejam mulai pukul 1 petang hingga pukul 2 petang di hadapan pekarangan bangunan korporat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Berdasarkan rakaman video mengenai piket berkenaan yang tular melalui YouTube,  pekerja-pekerja terbabit turut memegang sepanduk meminta majikan supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam melunaskan tunggakan gaji pekerja.


Pada 9 Ogos lalu, NUJ mengadakan sidang media tentang masalah gaji lewat dibayar yang dihadapi pekerja-pekerja Utusan Melayu sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang terpaksa berhutang dengan ah long, menggadai barang kemas serta tidak mampu memberi susu kepada anak-anak yang masih kecil.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew dalam satu kenyataan mendesak agar pengurusan Utusan Melayu dirombak kerana gagal menguruskan syarikat itu dengan baik.

Beliau turut menggesa UMNO melepaskan pegangannya dalam Utusan Melayu jika tidak lagi mampu menjaga kebajikan para pekerjanya agar ia boleh diambil alih oleh pihak lain yang lebih berminat.

"Ahli kami kini hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk meneruskan kehidupan tanpa dipedulikan oleh UMNO yang membisu seribu bahasa dalam menyelamatkan syarikat ini," katanya.

Piket pekerja Utusan Melatu mendapat liputan meluas media tempatan. Kredit foto: NUJ Utusan Melayu

Utusan Malaysia pada 24 Julai lalu melaporkan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu menerusi pegangan saham sebanyak 31.6 peratus oleh Opulance Global Asia Sdn. Bhd. yang dimilikinya.

Tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menerusi syarikatnya, Nilam Setar (M) Sdn. Bhd. memiliki saham kedua terbesar iaitu sebanyak 19.72 peratus manakala UMNO masih mempunyai 18.1 peratus saham dalam Utusan Melayu.

Nasib Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad menjadi tidak menentu selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. 

Presiden NUJ Utusan Melayu, Taufek Razak memberi kenyataan kepada media. Kredit foto: NUJ Utusan Melayu
Difahamkan, bayaran ansuran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada lebih 800 bekas kakitangan Utusan Melayu juga tertunggak sejak dua bulan lalu.

Semoga kemelut yang melanda Utusan Melayu diselesaikan dengan baik demi menjaga kebajikan pekerja-pekerja serta keluarga mereka. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 19-8-2019 06:01 PM
Kesian. Semoga dipermudahkan urusan mereka oleh Allah
Quote Megikari 19-8-2019 06:40 PM
Faham perasaan diorang, especially yang ada anak bini. Semoga cepat la diselesaikan masalah diorang ni
Quote prizadane 19-8-2019 06:44 PM
Kesian diorang ni. 3 bulan takde gaji. Iols membesar dengan utusan... setiap hari baca utusan masa kecik dulu. Then masuk uni sambung course yang iols study pun sebab nak jadi wartawan kononnya, inspired by Utusan. What a sad ending for utusan. Staff tak bersalah pun. Management should be blamed. Mana puak UMNO yang kaya raya? Tak nak ke bantu utusan ni? Dulu bukan main lagi gunakan utusan untuk kepentingan politik
Quote xy_daen 19-8-2019 06:50 PM
Mana taikun2 UMNO... Tengok saje ke...
Quote zennaya 19-8-2019 07:07 PM
prizadane replied at 19-8-2019 06:44 PM
Kesian diorang ni. 3 bulan takde gaji. Iols membesar dengan utusan... setiap hari baca utusan masa k ...

me too. membesar dan belajar membaca melalui Utusan,majalah2 terbitan Utusan. siapa sangka akhbar nampak gah satu ketika,kini tunggu masa je nak tutup. salahnya pengarang selepas Ku seman Ku hussien. terlalu nak mengampu ex PM sampai berita x betol,jadi betol,akhirnya tunggu masa nak melingkup

Quote jerukkedondong 19-8-2019 07:19 PM
Sungguh kesian...semoga semuanya dipermudahkan...
Quote CiliPadiSedap 19-8-2019 07:34 PM
kaka suka baca kolum wanita hari ini.
Quote diggerr 19-8-2019 08:42 PM
Sila bantuuu
Quote prizadane 19-8-2019 09:20 PM

Jom kita sama-sama membantu meringankan beban kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo!

Assalamualaikum WTB dan Salam Sejahtera

Umum maklum mengenai situasi getir dan permasalahan yang melanda rakan sekerja kita di Utusan Malaysia dan Kosmo.

Sehubungan itu, NUJ NSTP melancarkan kutipan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan (beras/minyak/gula/pampers/susu) seperti ketetapan berikut;

Tarikh: 23 Ogos 2019
Hari: Jumaat
Jam: 10 pagi - 4 petang
Lokasi: Driveway Balai Berita

Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung apatah lagi selepas tiga bulan tidak mendapat gaji.

Bagi yang ingin buat sumbangan berupa wang tunai, boleh salur terus ke akaun NUJ MALAYSIA - 80-0082256-0 (CIMB Current Acc)

Sekian, Terima kasih
Quote Kitty_catz 19-8-2019 09:32 PM
prizadane replied at 19-8-2019 09:20 PM
Jom kita sama-sama membantu meringankan beban kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo!

Assalamuala ...

Wahh InsyAllah iols bantu.. sedih plop dengo sampai kena buat donation drive mintak derma minyak beras pampers bagai, moga2 dibukakan pintu rezeki buat mereka semua .. Amin...

Haa geng2 ameno manooo??? Mai la derma sama.. bukan ke dulu utusan ni lidah ameno.. dr sibuk menyaman ahli2 yg tinggalkan party, baik buat kutipan derma.. ahli ameno katanya 3 jota, sorang bg 2,3 hengget, dah cover gaji tertunggak
Quote prizadane 19-8-2019 09:42 PM
Kitty_catz replied at 19-8-2019 09:32 PM
Wahh InsyAllah iols bantu.. sedih plop dengo sampai kena buat donation drive mintak derma minyak b ...


Kawan kawan iols, bapak kawan iols ada kat utusan tu lagi. Kesian, orang tak faham keadaan diorang. Dekat utusan tu bukan hanya wartawan je, macam-macam post ada. Yang polis bantuan, finance dept, maintenance etc. 3 bulan takde gaji pun mereka still datang kerja. Kawan iols wartawan kat sana, still pergi PC and cover story sebab dia fikirkan tanggungjawab pada kerja. Dah la gaji tak dapat, keluar duit sendiri lagi untuk bergerak ke hulu ke hilir cover news. N yes, diorang sangat bengang dengan management n UMNO. Bila jadi camni, lepas tangan sangat-sangat. Building utusan semua tak boleh jual or cagar sebab takde CF. Camne takde CF? Sebab zaman UMNO dulu, UMNO bagi je kelulusan kat building tu even takde certification. Kesian sangat nasib diorang
Quote ruffboyz 19-8-2019 09:51 PM
sgt faham keadaan mcm ni, org yg ada komitmen dgn tanggungan je akan faham
Quote Kitty_catz 19-8-2019 10:00 PM
prizadane replied at 19-8-2019 09:42 PM
Kawan kawan iols, bapak kawan iols ada kat utusan tu lagi. Kesian, orang tak faham keadaan diora ...

Watttt xde CF??!

Patot kata xbuleh juai.., utusan xde asset lain ke utk liquid kan?

Syed mokhtar pun xtertolong ke chuols? Biggest shareholder kan?

Ayoyo baru la kita nampak the true colors of politicians ekk..
Quote Itzy 20-8-2019 12:18 AM
Walaupun bukan peminat ameno tapi aku peminat kosmo sebab harga rm1 murah. Info macam2 gak berbanding metro iklan banyak. Baru2 ni beli utusan melayu sedih gak tengok nipis semacam dah la dikecikkan. Nasib cam melayu juga nyawa2 ikan.
Quote sharlenetexas 20-8-2019 12:32 AM
prizadane replied at 19-8-2019 09:42 PM
Kawan kawan iols, bapak kawan iols ada kat utusan tu lagi. Kesian, orang tak faham keadaan diora ...

Ada yang kata punishment sbb sokong ameno?
Quote zennaya 20-8-2019 09:08 AM
esok last kan paper utusan di cetak kan? online news je masih ada lagi
Quote Ismacun 20-8-2019 12:09 PM
Alahai sedihnya... berakhir sudah
Quote Artemesiaa 20-8-2019 12:14 PM
Berkubur juga akhirnya simpati pada pekerja2 yang jadi mangsa
Quote Meiizu 20-8-2019 12:54 PM
kesian takde gaji..orang atas tu lainlah senang kaya raya

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.104642 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top