CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Dapat Lupa Suara Mangsa Minta Tolong" - Jiran Sedih Kematian 3 Beranak Dalam Kebakaran

19-8-2019 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4637| Komen: 27

“Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjerit meminta tolong ketika dalam kebakaran.” 

Kematian tiga beranak dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu dekat Slim River begitu meninggalkan kesan kepada jiran mangsa, Robaayah Yunus, 58. 


Harian Metro melaporkan, ketika kejadian 3.30 pagi itu Robaayah baru bangun tidur disebabkan anak dan menantunya mahu pulang selepas bercuti di kampung.

Kredit foto: Harian Metro

Ketika itulah dia terdengar bunyi letupan kecil agak kuat lalu ternampak api marah di rumah mangsa. 

“Makcik terus kejutkan suami dan anak yang sedang tidur untuk keluar rumah bantu mangsa dan anaknya yang berada dalam rumah itu.


“Ketika sampai di depan rumah, terdengar suara isteri mangsa yang dikenali Idah menjerit minta pertolongan tetapi saya dan suami serta anak tidak mampu berbuat apa-apa kerana api ketika itu marak.

“Api terlalu marak menyebabkan saya bersama suami dan anak berlari ke rumah jiran berdekatan untuk meminta pertolongan,” katanya. 

Manakala suaminya, Mohamad Arif, 60 berkata dia bersama anaknya cuba memadamkan api dengan paip yang terdapat di luar rumah namun tidak berjaya kerana api terlalu kuat. 

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, pihak polis sudah mengenal pasti identiti tiga beranak yang rentung dalam kebakaran tersebut. 

Mangsa, Mohd Sharidan Abdul Aziz dan isterinya, Siti Rafina Mohd Rafiee masing-masing berusia 30-an serta anak mereka, Rafiq Mohd Sharidan berusia satu tahun.

Punca kebakaran buat masa ini masih belum dikenalpasti. Difahamkan juga mangsa tiga beranak baru sahaja menyewa rumah berkenaan pada Januari lalu. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Malaysia.Doom 19-8-2019 12:42 PM
Kerajaan patut sediakan subsidi Dan wujudkan kesedaran untuk gunakan Fireball extinguisher

Fire-Ball-Poster.jpg
Quote ashk4nn 19-8-2019 12:44 PM
sedihnyaa..{:cryrun
Quote Artemesiaa 19-8-2019 12:50 PM
Mau trauma jiran yang cuba membantu tapi tak kesampaian.  Apa pun takziah buat keluarga mangsa.
Quote Bungaapi 19-8-2019 12:53 PM
Innalillah. Salam takziah utk keluarga mangsa.
Quote Malaysia.Doom 19-8-2019 12:58 PM
Elide Ball

[youtube]XbDTbb1M1gA[/youtube]
Quote Malaysia.Doom 19-8-2019 01:00 PM
YG meletup tu mesti kotak fius.
Quote KIM.K 19-8-2019 01:10 PM
Takziah buat keluarga arwah. Syahid juga mati kebakaran
Quote eqatiqah 19-8-2019 01:12 PM
Kesianya.. Rs lps ni dh boleh implement 1 house 1 fire extinguisher.
Quote EvieWanKenobi 19-8-2019 01:22 PM
Innalillah.. takziah buat keluarga mangsa..
Quote pakderis 19-8-2019 01:25 PM
Inalillah...salam takziah moga Allah tempatkan bersama golongan beriman.
Quote vee_zara 19-8-2019 01:36 PM
Allahuakbar. Innalillahiwainnailahirojiun.. smoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.
Luluh hati tgok gambar 3 beranak ni lagi2 si kecil tu. Ya allah
Quote kelbros 19-8-2019 01:42 PM
takziah...sedih

kemalangan xleh dijangka...  

kadang2 aku hangin jugak ada sesetengah org ne bangga dapat sampai awal.

contoh aku cuti kg bini balik tumpat, kelantan ari tu... aku mcm biasa la bagi rest2 cukup2 sampai rasa mcm cukup tenaga baru drive balik. kadang2 org pompuan ne x pikir keadaan driver
(drive sorang) mcm mane..  kot2 da microsleep lagi bahaya..tau nk gerak cepatje...

dah sampai kg, lagi masalah plak.. klu ada jenis biras,ipar, FIL duk banding2kan... org tu gerak kul 7 sampai kul 2 tgh..  cepat je sampai.. yg kena condem aku plak drive slow2..  aku mcm biasa la mmg 8 -10 jam drive..  biasa la kerap berenti nk recharge..  
Quote want2bhappy 19-8-2019 01:56 PM
kelbros replied at 19-8-2019 01:42 PM
takziah...sedih

kemalangan xleh dijangka...  

kalau bini hang macam tu.. buh je sedas.. bahaya oih... biar lambat asal selamat...
Quote anilas85 19-8-2019 02:13 PM
kelbros replied at 19-8-2019 01:42 PM
takziah...sedih

kemalangan xleh dijangka...  

betui, tats y time raye kmlangan mningkat.. br blk keje tergesa2 blk kg, bajet nk de mlm rye kt kg..chill la woiii...
kate raye sebulan...kdg bile pk, aku xsuke hari raye.. pembaziran, kemalangan...belum gaduh laki bini pasai nk balik mane... belum lg kat kg mnayang baju, sofa rumah baru... byk negatif raye, ke aku yg negatif? hahahha
Quote moonbug 19-8-2019 02:16 PM
Kesiannya. Cepat betul api marak, jiran tu dengar bunyi letupan keluar tengok dah marak sampai tak dapat buat apa pun walhal time window beberapa minit
Quote fliphair8 19-8-2019 02:52 PM
takziah pada keluarga, AL-Fatihah untuk anak beranak ni, semoga mereka ditempatkan disisi orang yg beriman.
Quote cclina2 19-8-2019 02:55 PM
Sebagaimana sabda Rasulullah: “Orang yang mati syahid ada lima, yakni orang yang mati karena tho’un (wabah), orang yang mati karena menderita sakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang mati karena tertimpa reruntuhan dan orang yang mati syahid di jalan Allah.” (HR. Bukhari, no. 2829 dan Muslim, no. 1914)
Selain itu Dari Jabir bin ‘Atik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda: “Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh orang, yaitu korban wabah adalah syahid, mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid, yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid, mati karena penyakit perut adalah syahid, korban kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa reruntuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal karena melahirkan (dalam keadaan nifas atau dalam keadaan bayi masih dalam perutnya, pen.) adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadis ini sahih. Lihat keterangan ‘Aun Al-Ma’bud, 8: 275)
Quote Suchi 19-8-2019 03:12 PM
anilas85 replied at 19-8-2019 02:13 PM
betui, tats y time raye kmlangan mningkat.. br blk keje tergesa2 blk kg, bajet nk de mlm rye kt kg ...

Tak suka juga jenis kalut2 nak balik malam2 lepas kerja nih. Memang mengundang bahaya.melainkan ade kecemasan sprt meninggal bagai.
Dah keje seharian berehat lah dulu barulah gerak jln jauh.
Quote ikanmasin 19-8-2019 04:09 PM
Innalillahiwainnailahirojiun..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050566 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top