Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun bagi pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM5 sejam, iaitu peningkatan lebih 3 kali ganda selepas diputuskan kerajaan dalam mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet anak muda mulai 1 September 2019.
"Alhamdulillah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun bagi pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM5 sejam, iaitu peningkatan lebih 3 kali ganda. "Sebelum ini bayaran elaun adalah sekitar RM300 sebulan, ia akan dinaikkan kepada kira-kira RM900 sebulan. "Ini satu penambahbaikan yang sangat bagus. Sebelum ini daripada tiada bayaran langsung kepada RM15 sehari dan sekarang kepada kira-kira RM45 sehari," katanya melalui video yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya hari ini.
Walaupun sesetengah pihak menyatakan bahawa jumlah tersebut tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan gaji pekerjaan tetap, sekurang-kurangnya jumlah ini mampu meringankan beban anak-anak muda dari keluarga yang kurang berkemampuan. - CARI
|
slyfynx replied at 18-8-2019 10:10 AM
Pasni semua tempat x mo amik intern dah
slyfynx: Pasni semua tempat x mo amik intern dah
ResellerMaxis replied at 18-8-2019 10:13 AM
Langkah kurang bijak. Dah lah praktikal dekat gomen xde keje. Mana ada private nak follow bagi elaun ...
toxicated replied at 18-8-2019 11:24 AM
I tot internship gomen 300 one off. Monthly ek
ADVERTISEMENT