Menjadi anak orang terkenal ni susah, sejak kecil kehidupan sentiasa jadi tumpuan. Begitu juga dengan anak penyanyi terkenal Dato' Sri Siti Nurhaliza, Siti Afiyah. Tindakan Siti yang sering memuatnaik gambar anaknya itu memang boleh difahami. Siti lama berkahwin baru dapat anak, mestilah nak tunjuk pada dunia dan rekod perkembangan Siti Afiyah. Tetapi, ada juga acik bawang yang mulut jahat mengutuk Siti Afiyah. Mengatakan dia tak comel, hidung tak berapa nak naik dan Siti "macam dia sorang ada anak". Apa lagi, warganet memang tak berpuas hati la. Dah nama pun bayi, semuanya comel. Menurut mereka lagi, individu yang tidak ada insurans mulut ni selalunya pengguna Facebook. Betul ke? Apa kata anda, comel atau tidak Siti Afiyah ni? Comel! - CARI |
Minami2013 replied at 18-8-2019 09:47 AM
Aafiyah comel level anak2 org biase. Kalau dok sebelah cucu2 tok k, tenggelam aafiyah Dulu2 ...
Sayornara: Afiyah ni comel cuma sejenis muka bengis.. plus dia nmpk cerdik and sopan.. mungkin hasil didikan pengasuh dia... anyway yg dok mengata dok sibuk taya ...
ADVERTISEMENT