Bagi penyanyi baharu, soal duit memang jadi masalah. Iyerlah, selaku selebriti kena bergaya tetapi disebabkan masih belum dikenali, show pun tak berapa banyak dan royalti album dan lagu pun kadang-kadang lambat dapat.
Tetapi, berbeza dengan penyanyi Syafiq Farhain yang dikatakan ditaja seorang peminat misteri. Syafiq adalah seorang anggota bomba dan juga anak penyanyi kumpulan Iklim, Allahyarham Saleem. Menurut laporan mStar, Syafiq dikatakan ditaja seorang peminat yang tidak pernah ditemuinya itu. Jumlah tajaan bukan sedikit, banyak, kata Syafiq.
Peminat itu meminta nombor akaunnya dan memasukkan sejumlah wang untuk kehidupannya. Amboi mudah betul! "Ada seorang peminat yang sanggup berhabisan wang ringgit demi menyokong kerjaya saya, tapi sampai sekarang saya tak tahu siapa dia." "Saya pernah mempelawanya untuk berjumpa namun katanya masih belum bersedia. Apa pun saya terharu mempunyai peminat sebegini yang tidak pernah jemu menyokong karier nyanyian saya," kata Syafiq kepada mStar. Untunglah, jangan tergadai benda lain pula sudah la ya! - CARI
|
wunan88 replied at 17-8-2019 09:31 AM
wahhhhhhhhhhhhh..untung badan
obses_budak replied at 17-8-2019 09:29 AM
Selalunya org sngup buat mcm ni huduh...
ADVERTISEMENT