Bagi sesiapa yang "teringin" hendak menceburkan diri ke dalam industri filem dewasa aka pornografi, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Selain dipandang hina, mungkin boleh pertimbangkan beberapa faktor lain seperti yang didedahkan oleh bekas pelakon filem dewasa terkenal dunia ini, Mia Khalifa. Buat sesiapa yang tidak tahu, Mia Khalifa berketurunan Libya-Amerika beragama Kristian ini adalah salah seorang pelakon wanita filem dewasa yang sangat terkenal. Dia adalah yang terawal membintangi filem dewasa berhijab. Google kalau mahu tahu lebih lanjut (amaran: kandungan tidak sesuai untuk dilayari di pejabat atau ruang awam ya).
Bagaimanapun, penglibatannya dalam industri filem dewasa sebenarnya tidak lama. Dia mula berlakon pada Oktober 2014 dan pada Disember tahun yang sama menjadi pelakon filem porno yang paling "trending" dunia. Tetapi, tiga bulan kemudiannya dia bersara. Baru-baru ini, dia memberikan temubual eksklusif di saluran YouTube Megan Abbott, bercerita tentang kisahnya selepas bersara. Menurutnya, walaupun video pornonya masih lagi menduduki carta video paling banyak ditonton di seluruh dunia dan namanya dalam carian PornoHub adalah di tempat kedua. Dia sebenarnya langsung tidak mendapat royalti selain bayaran asal membintangi 12 adegan porno sebanyak AS$12,000 atau lebih kurang RM50,000 sahaja. Selain itu, dia juga menceritakan bagaimana dia mendapat ugutan bunuh oleh pengganas Daesh kerana berlakon dalam filem porno dengan memakai hijab. Malah, gambar kepalanya dipenggal yang "diphotoshop" tersebar luas. Malah, privasinya juga dilanggar apabila gambar apartmentnya muncul dalam internet sehingga menyebabkan dia terpaksa duduk di hotel selama 2 minggu. Dia juga mendedahkan bagaimana sebenarnya seminggu sebelum filem porno pertamanya dikeluarkan, dia sudah mahu bersara kerana pandangan orang sekeliling terhadapnya berubah. "Orang tengok saya lain macam. Ia membimbangkan saya. Saya rasa filem pertama saya akan jadi filem terakhir." Popularitinya juga meningkat mendadak, pengikutnya di Instagram naik daripada hanya 400 kepada lebih 200,000 dalam tempoh tiga hari sahaja selepas filem porno berhijab pertama dunia itu dikeluarkan. Selepas bersara, dia mahu melupakan segala-galanya, tetapi rupa-rupanya ia tidak semudah itu. Dia susah mendapat kerja kerana dipandang hina dan menurutnya, pengalaman silamnya sebagai pelakon pornografi memalukannya. "Saya malu dengan kisah silam saya." Sekarang, dia menjadi pengacara TV, pengulas sukan dan juga personaliti You Tube. Jadi, sesiapa yang teringin nak jadi pelakon porno tu secara profesional atau suka-suka, fikirlah dalam-dalam ya. Tak perlu kot rekod-rekod ni... - CARI |
nono86: Hmm dah kristian, pakai tudung knp. Pakai la pakaian yg mcm sister gereja tu
Foxey: To me, dia ni jahat. Sebab dia beragama Kristian tapi berlakon filem begini pakai hijab, a sign of disrespect towards other religion
chinta89 replied at 19-8-2019 03:32 PM
eh jap nak tanya forumer otai.
Korang ingat tak ada sorang staff gomen x silap kije as kerani kat ...
insulin replied at 19-8-2019 03:35 PM
Apakah staf gomen ni dah kena buang kerja?
chinta89 replied at 19-8-2019 03:32 PM
eh jap nak tanya forumer otai.
Korang ingat tak ada sorang staff gomen x silap kije as kerani kat ...
Foxey replied at 19-8-2019 03:00 PM
To me, dia ni jahat. Sebab dia beragama Kristian tapi berlakon filem begini pakai hijab, a sign of d ...
dua_chzy replied at 19-8-2019 03:52 PM
Sheol helok ja hidop kan? Pelacur gundu putih gebu tu yang uols maksudkan, kan?
ADVERTISEMENT