Dakwaan berbaur fitnah seorang pengguna Twitter mengenai kematian Nora Anne baru-baru ini mengundang kemarahan ramai terutamanya Orang Asli. Berikutan itu, seorang individu mewakili komuniti Orang Asli membuat laporan polis mengenai kenyataan berkenaan dan dimuat naik menerusi Twitter. Pemilik akaun menggunakan nama Zikri Armstrong itu bagaimanapun sudah memadam akaunnya dan dipercayai membuat permohonan maaf secara terbuka yang dimuat naik pengguna lain yang mengaku abang kepada suspek. Zikri Armstrong sebelum ini membuat kenyataan yang menuduh Nora Anne dirogol Orang Asli. Menurut laporan Kosmo!, katanya Zikri sudah ditahan pihak polis. "Dia telah ditangkap pukul 7 malam tadi di IPD Seremban ketika hadir untuk memberi keterangan. Kes diserah kepada Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop. Tak pasal-pasal je. - CARI |
Artemesiaa replied at 16-8-2019 03:06 PM
Sebab tu kalau tak tahu hal sebenar tak perlu tularkan demi nak dapat banyak like yang akhirnya meny ...
Melorqe replied at 16-8-2019 03:01 PM
budak2 sekarang ni aku tak tau lah
tulis tak pakai akal.
ADVERTISEMENT