CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan PH Benarkan Lynas Terus Beroperasi, Fuziah Salahkan BN Pula

16-8-2019 03:26 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1947| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Fuziah Salleh (dua dari kanan) merupakan salah seorang pemimpin PH yang membantah projek Lynas di Gebeng, Kuantan. Kredit foto: Carian Google

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masih menyalahkan pentadbiran terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) walaupun kelulusan untuk membenarkan kilang memproses nadir bumi Lynas Corporaton Ltd. selama enam bulan lagi di negara ini diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata,  syarat baharu iaitu pemindahan proses 'cracking and leaching' ke negara lain serta pembinaan kemudahan pelupusan kekal akan menyebabkan rakyat terdedah kepada 'najis toksik' bahan radioaktif.

Fuziah menambah, syarat baharu itu hanya menguntungkan Lynas yang beroperasi di Kuantan, Pahang sedangkan rakyat dan alam sekitar terpaksa menanggung risiko kesihatan serta pencemaran.


Kilang memproses nadir bumi milik Lynas. Kredit foto: Carian Google

Beliau kesal kerana kerajaan PH terpaksa menanggung beban mencari jalan penyelesaian untuk sisa proses penulenan larut resap air (WLP) sedangkan tanggungjawab tersebut seharusnya dilakukan oleh pentadbiran BN dahulu.

"Akan tetapi saya paling kesal, apabila rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa mereka akan terdedah kepada risiko sisa WLP yang akan dikeluarkan di Gebeng selama empat tahun lagi sehingga fasiliti 'cracking and leaching' disiapkan di Australia," katanya seperti dipetik daripada kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya pada 15 Ogos.

Fuziah juga kesal dengan kesilapan kerajaan terdahulu yang 'tertipu' dengan Lynas dan percaya bahawa industri nadir bumi membawa keuntungan kepada negara tanpa memahami ada sisa radiaktif yang dijana oleh kilang tersebut.

Pemimpin-pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng dahulu turut berjuang membantah projek Lynas. Kredit foto: Carian Google
Sementara itu, keputusan kerajaan PH membenarkan kilang Lynas terus beroperasi dibantah sekeras-kerasnya oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat (Biro Alam Sekitar) PSM dalam laman Facebook parti itu, kerajaan PH telah memberi isyarat yang salah kepada dunia bahawa Malaysia bersedia menerima industri yang mencemarkan alam sekitar asalkan ia mematuhi 'syarat-syarat kosmetik' yang ditetapkan ahli-ahli politik.

Jelasnya, kerajaan BN memberi pelepasan duti setem 100 peratus untuk pembelian tanah serta pengecualian cukai penuh selama 12 tahun kepada Lynas.

"Nampaknya, PH tidak mempunyai masalah meneruskan pemberian insentif kewangan kepada pihak yang mencemarkan alam," katanya.

Pelik juga, yang berkuasa sekarang kerajaan PH tetapi Fuziah yang dahulu aktif membantah projek kilang Lynas masih menuding jari terhadap BN. - CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 16-8-2019 03:36 PM
Bimbo much
Quote Ina8895 16-8-2019 03:36 PM
Amende la makcik pujiah ni
Quote SWORKS27 16-8-2019 04:11 PM
nak jadi menteri memang kena bengap ka??


aku tanya je chai PH..tanya je...tu pun salah ke>????
Quote highcastle 16-8-2019 04:12 PM
Memang bangang la asyik kerja nak menyalahkan orang..........
Quote harisbee 16-8-2019 04:14 PM
Pkr kan parti munafik...tu pun cacai bang non masih indenial cth dess bog
Quote Loloq89 16-8-2019 04:14 PM
best x kena kencing? haha
Quote grouper 16-8-2019 04:56 PM
X pasal2 kena cuci kencing ngan taik org lain
Quote kemaruk 16-8-2019 05:12 PM
Kerajaan sepeenggal

Bangkem akan gelak puas2 lepas PRU15 nanti

Lepas ni PH dah takleh nak bikin apa2 isu dan takleh buat apa2 janji dah.. sebab dah terbukti sekadar swmbang dan kencingan sajork
Quote danieladam 16-8-2019 06:27 PM
Makcik pujiah ni mmg bodoh atau buat2 bodoh? Yg pasti memang nampak bodoh..hahaha.
Quote True-X 16-8-2019 07:00 PM
menteri bodoh hasil dr pengundi2 bodoh..... <---ayat cliche.. tp ade kebenarannya
Quote harizs 16-8-2019 07:31 PM
Sebelum dpt kuasa berguling2 janji nak tutup. Dah dpt kuasa boleh pulak renew permit kilang Lynas. Kerajaan munafik.
Quote harizs 16-8-2019 07:33 PM
danieladam replied at 16-8-2019 06:27 PM
Makcik pujiah ni mmg bodoh atau buat2 bodoh? Yg pasti memang nampak bodoh..hahaha.

Hairan kenapa makcik ni berhenti buat demo anti Lynas mcm dulu2.
Quote baghal_bortuqal 16-8-2019 07:57 PM
tutop je lah.

itupon yg dijanjikan pengundi dia.





kaki kencinggggg
Quote RatuDunia94 17-8-2019 04:01 PM
Walk the talk je la... ayooooo
Quote Ina8895 6-10-2019 09:43 PM
PH memang mangkuk hayun

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062197 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top