Penyanyi baru, Amir Alif tak menjangka kena troll dengan pensyarah yang menjawab tweet berangan beliau baru-baru ini. Memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen 'Kadang-kadang saya hairan kenapa saya dilahirkan handsome'? ujarnya. Tidak sangka seorang pensyarahnya menjawab 'Handsome-handsome pun tak guna kalau datang kelas saya setiap minggu lambat'.
Jawapan troll daripada pensyarah itu mendapat respon yang hangat daripada peminatnya dengan mendapat lebih 6000 kicauan semula dan 5000 likes. Ramai dia antaranya yang mengecam penyanyi muda itu kerana kuat berangan dan kantoi. Bagaimanapun, pensyarah itu kemudian memberikan penjelasan bahawa beliau sekadar bergurau. 'Amir salah seorang pelajar saya, beliau seorang pelajar yang baik, walaupun sering lambat ke kelas tapi dia buat semua tugasan' katanya. 'Tweet saya itu sekadar gurauan, harap peminat jangan kecam dia, apa kata korang dengar lagu-lagu dia? ' tambahnya lagi. Malangnya gurauan pensyarah tersebut menyebabkan Amir dikecam habis-habisan di media social. Bagaimanapun, ada yang membuat spekulasi ini hanyalah publisiti murahan yang dirancang oleh penyanyi lagu 'Kata' yang baru memulakan karier ini. Benarkah demikian? - CARI |
ADVERTISEMENT