Pelakon cantik Lisa Surihani dan hero Malaya sedang meningkat naik Ben Amir tampil berseloroh menjawab persoalan peminat yang merasakan mereka seiras seperti adik beradik. Menerusi Twitternya, Lisa menulis "Hey gais, Ben Amir tu memang my brother la, u didnt know eh." Manakala Ben pula di Twitternya juga menulis "so yeah the secret is out. Any girls nak try kena go through my sister LisaSurihani dulu ya. Good luck ambil hati kakak kawasan." Walaupun jelas sekali mereka hanyalah berseloroh, ada juga peminat yang "lurus" percaya kedua-dua pelakon itu adik beradik. Ada juga peminat yang mengharapkan Lisa akan digandingkan dengan Ben di masa depan. Tetapi, menurut Lisa kalau hendak digandingkan pun biarlah watak adik beradik, memandangkan muka dah sama. Pelik pula kalau jadi pasangan kekasih kan. Di Instagram Mira Filzah, pasangan Ben dalam drama "Sweet Dreams", Lisa sempat "memberi amaran" kalau Ben nakal dan tidak jaga perangai, beritahu dia, biar "kak long" sekolahkan pelakon baharu itu. "Disebabkan semua orang cakap dia dan saya serupa, jadi terimalah hakikat bahawa dia adalah adik saya. Okay jadi, macam mana dia? Saya harap dia berkelakuan baik, kalau tidak bagi tahu saya ya! "Tahulah Kak Long sekolahkan dia nanti," tulisnya kepada Mira Filzah. Aihh, ada juga peminat percaya ye. Jangan serius sangat! - CARI |
bambimbom replied at 16-8-2019 11:13 AM
mentang2 la ben good looking.. terus ngaku... tu si fendy kepam tu.. takde sape nak ngaku adik ke?:l ...
bambimbom replied at 16-8-2019 10:13 AM
mentang2 la ben good looking.. terus ngaku... tu si fendy kepam tu.. takde sape nak ngaku adik ke?:l ...
Cpkay replied at 16-8-2019 11:43 AM
mamat ni hot since rambut dah panjang.. waktu memula berlakon rambut pendek..takde sapa pun minat..
bambimbom replied at 16-8-2019 11:13 AM
mentang2 la ben good looking.. terus ngaku... tu si fendy kepam tu.. takde sape nak ngaku adik ke?:l ...
kualibesi replied at 16-8-2019 11:30 AM
HAHAH iolls setuju. teringat dulu die berlakon gigi mcm ada karats2 skit, skrg perasan gigi da put ...
ADVERTISEMENT