CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengejutkan! Sarawak Haramkan Dr. Zakir Naik Memasuki Negeri Itu

16-8-2019 10:00 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 1896| Komen: 11|Original author: Oleh: Hafiz Ahmad

Negara Malaysia kini semakin tenat apabila isu perkauman sering kali ditimbulkan, seolah-olah ada tangan gelap yang mahu memecah belahkan perpaduan di Malaysia. 

Baru-baru ini, banyak kenyataan kontroversi yang keluar daripada mulut orang kenamaan seperti jutawan, Menteri dan turut tidak terlepas, penceramah terkenal Dr. Zakir Naik.


"Suruh tetamu lama balik Cina dulu"

Pendakwah antarabangsa itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut di sebuah majlis di Kelantan. Isu ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan turut tidak terlepas, Syed Syadiq juga memberikan pandangan beliau tentang isu ini. 

Sumber Gambar: NST Online
Rentetan isu itu, Kerajaan negeri Sarawak telah mengharamkan Dr. Zakir Naik daripada memasuki negeri terbesar di Malaysia itu. Keputusan itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. James Jemut Masing dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Gambar: Tan Sri Dr. James Jemut Masing (Sumber: SarawakVoice)
Menurut Tan Sri Dr. James, keputusan itu dibuat berikutaan kenyataan kontroversi Dr. Zakir Naik itu boleh menimbulkan kekecohan dan bahaya terhadap perpaduan etnik dan agama di negeri Sarawak. Halangan terhadap Dr. Zakir Naik ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga agar tiada isu yang timbul pada masa akan datang.

Semoga Malaysia akan terus aman dan bersepadu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hidup Malaysia! - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aliahus12 16-8-2019 10:18 AM
Tahniah Kerajaan Sarawak. Satu tindakan yang tegas.
Quote dess402 16-8-2019 10:20 AM
cina sarawak yg aku kenal cukup peramah dan baik2 .  jadi tak payahlah ZN ni nak masok utk adu domba .
Quote batmana 16-8-2019 10:48 AM
bila masa ada negeri ? diorg negara lar
gaduh dgn federal ugut mengugut nk kluar m'sia pun tak abis2
so dia buat isu camni la konon2 nk jadi superiuk..
Quote Mfzg89 16-8-2019 10:53 AM
Soal jawab dlm ceramah dia best..tapi tula lancang sgt x jaga sensitiviti negara orang..hmm
Quote dodolgemok 16-8-2019 10:54 AM
Srwak dh lama benhemmer Zakir naik drpd masuk, sejak zaman toknan lgi sbb cara dia "berdakwah" mmg menimbulkan ketegangan kaum dan ugama. Mmg cash!
Quote dodolgemok 16-8-2019 10:55 AM
batmana replied at 16-8-2019 10:48 AM
bila masa ada negeri ? diorg negara lar
gaduh dgn federal ugut mengugut nk kluar m'sia pun tak abis ...

Dh lama kena benhemmer bukan baru jah jdi isu. Kau jah yg xnmpak.
Quote sidewinder 16-8-2019 11:12 AM
tak yah masuk laa sana......takat janggut panjang....tapi akal tak panjang apa guna.....sana dah lek2...cool2.....byk lagi benda bole cite selain dok cite pasal perbezaan agama ni.....sbb memang org dah sedia maklum setiap agama in details adalah berbeza......tp titik persamaan dia ialah setiap agama dilarang kutuk mengutuk sesama manusia.....org islam kutuk org hindu/budha sembang patung.....org hindu/budhha kutuk balik org islam sembah kaabah......org islam kutuk org kristian sembahyang sambil menyanyi dlm gereja....org kristian kutuk balik org islam menjerit ketika laungkan azan......so  benda ni bila nak habis ??? x akan habis selagi kita dok persoalkan agama...kaum org lain so better buat hal masing2....si zakir naik x perlu wujud pun kat malaysia ni sbb x membawa apa2 benefit kepada masyarakat malaysia.....
Quote Muntz 16-8-2019 11:37 AM
Kalau rakyat Sarawak nak tengok ZN boleh jah pegi Malaya sis. Rasanya no big issue benda ni. Sarawak gomen nak jaga keharmonian kaum jah. Sbb sini fragile benda2 cmtu. Kalau Malaya takper Melayu majoriti, sukati korang nak gaduh lah. Tetap Melayu menang. Sini nak gaduh, menang jadi arang kalah jadi abu kekdahnya.
Quote ultra78 16-8-2019 12:48 PM
Tak pelik sarawak buat mcm tu. Perhubungan kaum di Malaysia sebenarnya sangat fragile. Propa ajelah duk cerita Malaysia ni masyarakat majmuk hidup aman harmoni ke serata dunia. Padahal sebenarnya setiap kaum menahan perasaan tak puas hati. Ada benda trigger sikit maka situasi akan terus escalate ke tahap bahaya kerana sikap suspicious kepada bangsa lain. Topik perkauman dan agama adalah sangat sensitif. Perdebatan agama secara ilmiah yang ok di negara lain tidak dapat dibuat di negara ini kerana masyarakatnya yang senang triggered dan tidak mampu mendengar hujah orang yang sependapat dengan kita. Apabila tiada intellectual discourse, maka akal akan menjadi lebih jumud.
Quote diggerr 16-8-2019 08:37 PM
Pentingnya tabayyun

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042049 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top