CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penasihat Undang-undang Melecur Disimbah Asid

15-8-2019 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2777| Komen: 12

Mengerikan, seorang wanita dilaporkan melecur muka dan badan selepas disembah asid di hadapan sebuah bank di Jalan Burma, Georgetown malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, 48 tahun yang merupakan penasihat undang-undang di sebuah bank, disimbah asid ketika mahu melintas jalan.

Difahamkan, dua orang lelaki menaiki motosikal yang melakukan 'kerja' tersebut sebelum wanita itu menjerit minta tolong dan berlari memasuki semula ke dalam bank.

Kredit foto: Harian Metro

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan dia didapati melecur di muka, kedua-dua tangan serta paha dan kini ditahan di wad untuk rawatan lanjut,” kata satu sumber. 

Menurut mangsa, dia dihampiri dua lelaki berkulit gelap yang menaiki motosikal ketika mahu melintas jalan. 


“Mangsa mendakwa, ketika itu motosikal dinaiki dua lelaki terbabit secara tiba-tiba melintas di hadapannya sebelum pembonceng menyimbah asid ke mukanya.

“Wanita berkenaan juga memberitahu dia tidak sempat melihat jenis serta nombor pendaftaran motosikal terbabit kerana kejadian berlaku begitu pantas,” katanya.

Mangsa mendakwa tidak mempunyai musuh atau masalah dengan mana-mana pihak. 

Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut dan meniliti kamera litar tertutup yang berhampiran lokasi kejadian. - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yuki812 15-8-2019 01:17 PM
salah bagi nasihat..
Quote gujiwa 15-8-2019 01:20 PM
Kesiannye moga perlaku dpt di tangkap
Quote diggerr 15-8-2019 03:47 PM
Moga tertangkap
Quote zorrro_03 15-8-2019 04:23 PM
negeri kebangga ni banyak sungguh jenayah dan malang sejak akhir2 ni.  nak jadi apa lah?  
Quote mieymiey 15-8-2019 04:25 PM
Ada la tu yang dendam. Semoga segera ditangkap.
Quote naktaugosip 16-8-2019 08:52 AM
ada yang "upah" la  tu sebab xpuashati dengan keputusan PUU tu,aduhai macam2 sekarang.
Quote VirusDetected 16-8-2019 09:24 AM
ada la tu yg berdendam ngan ko
Quote Pink_Purple 16-8-2019 11:24 AM
ngerinya asid..

jangan nanti dengar kes menyimbah asid ni ditiru pula oleh individu lain
Quote chinta89 19-8-2019 03:58 PM
kejinya sapa yg upah ni!

pelaku mesti disuruh seseorang.. takdenya org x puas hati, diri sendiri g simbah asid..
Quote harizs 19-8-2019 04:02 PM
Malaysia masih aman
Quote tungkai 19-8-2019 04:33 PM
Mana diorg dapat asid ni eh? Mcm bersepah aje jual dan takde control
Quote gigahertz 19-8-2019 04:37 PM
yuki812 replied at 15-8-2019 05:17 AM
salah bagi nasihat..

bukanlah. sama ada curah air ke daun keladi atau pukul air terpcik ke muka sendiri ataupun sendiri ludah sendiri kena

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.111399 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top