Masihkah anda ingat seorang pemuda warga Singapura yang bernama Batman bin Suparman? Dia pernah tular seluruh dunia pada 2008 kerana keunikan namanya. Batman yang kini berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidaklah hero mana seperti namanya. Pada 2013 lalu, dia pernah dipenjara selama dua tahun sembilan bulan kerana mencuri kad bank abangnya sendiri, memecah masuk pejabat untuk merompak dan menagih heroin. Alahai Batman!
Tetapi, pada 2019, dia pula jadi mangsa jenayah. SCMP melaporkan dia diserang rakan penghantar makanan "FoodPanda" kerana bergaduh. Rakannya itu, Eng Guan Hong, 40, mengenali Batman menerusi WhatsApp yang mengumpulkan semua penghantar makanan di Singapura. Eng memanggil Batman "bodoh" dalam WhatsApp sehingga menimbulkan kemarahannya. Mereka pun berjumpa la untuk menyelesaikan perselisihan faham itu. Bila sudah berjumpa, apa lagi bergaduh teruklah keduanya. Eng memukul Batman dengan topi kaledar dan menggunakan pisau lipat untuk mengelar muka Batman sehingga cedera di hidung dan telinganya. Kata peguam Eng, pergaduhan itu berlaku kerana Batman menjengkelkan. Itu jer sebabnya? Eng dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun dan enam sebatan. Rupa-rupanya Batman taklah Batman mana pun kan...- CARI |
baghal_bortuqal: eh aku pasan IC singapore ada pakai jawi la.btoi ka tu?
ADVERTISEMENT