Sesiapa yang bekerja terpaksa memanggil nama seperti cikgu atau jururawat, mesti pernah berbelit lidah hendak menyebut nama anak-anak zaman sekarang yang panjang dan berbelit-belit.
Kadang-kadang, sampai tak cukup borang nak isi sebab nama panjang sangat. Sudah jadi trend pula beri nama anak panjang-panjang.
Tetapi, tahukah anda kadang-kadang kita tersilap dalam memberikan nama anak? Sebab kadang-kadang, bunyinya memang sedap, tapi maksud sebenarnya tidak berapa baik atau tidak ada makna.
Kasihan anak itu, bila dah besar nanti menjadi ejekan kawan-kawan dan doa menyebut nama pun tak berapa sedap. Seorang pengguna Twitter memberikan panduan supaya kita tidak tersilap memberikan nama anak, supaya bila nama anak dipanggil kelak ia menjadi doa yang baik-baik. Antara nasihatnya adalah tidak perlu meletak nama anak panjang-panjang kerana akan menyusahkan banyak pihak termasuk anak itu sendiri. Kesilapan yang sering dibuat orang Melayu juga adalah memberikan nama "Nur" kepada anak perempuan, sedangkan nama Arab itu selalunya diberikan kepada lelaki. Malah, ada juga ibu bapa yang memberikan maksud nama anaknya adalah pekerjaan. Seperti Masyitah yang sebenarnya bermaksud "tukang sikat rambut" atau "penjual kuih". Kan tidak berapa elok maksudnya tu. Sering kali juga nama panjang ini dipendekkan untuk memudahkan panggilan. Tetapi, bila dipendekkan ia berubah maksud misalnya Azani/Izani yang merupakan nama sabahat, tetapi bila dipendekkan jadi "Zani" yang maksudnya tak berapa baik. Begitu juga dengan nama-nama tempat seperti Bukhari dan Nawawi. Jangan lepas ni ada yang namakan anak mereka Kelantani atau Johorani pula! Jadi, buat bakal ibu bapa selidiklah dan kajilah nama betul-betul terlebih dahulu. Sebab antara derhaka ibu bapa kepada anak adalah tidak memberikan nama yang baik. Apa nama yang paling berbelit pernah anda sebut? - CARI |
CiliPadiSedap replied at 16-8-2019 11:14 AM
vokuru membawa maksud tempayan bontot kuali
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2019 12:30 PM
aku nak muntah dgn babi islamik perasan holier than thou dan tahu semua benda. pukimak pi mampos laa ...
stormcloud replied at 16-8-2019 11:45 AM
Nur tu bunyi macam lebih sesuai dengan kaum Hawa
crazybeach replied at 16-8-2019 03:04 PM
napa nama masyitah tu tak baik pulak. tukang sikat rambut dengan penjual kuih tu pekerjaan tak baik ...
ADVERTISEMENT