Dikemaskini 5.40 petang: Sidang akhbar berkenaan bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne yang dijangka dijalankan petang ini, ditangguhkan kepada jam 8 malam.
Kosmo melaporkan, ini kerana proses bedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban masih belum selesai. "Bedah siasat masih berjalan. Anggaran masa dalam tempoh dua jam lagi. Sidang akhbar akan diadakan pada pukul 8 malam," kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman. - CARI ------------ Dikemaskini 5.00 petang Kes kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang kini dalam proses bedah siasat dijangka diumumkan pada jam 5 petang. Kosmo! melaporkan, pengumuman itu akan diadakan di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. Proses bedah siasat itu dikatakan mengambil masa yang lama dan sudah melebihi tempoh empat jam.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata bedah siasat mayat Nora Anne akan mengambil masa lebih 3 jam. Kes tersebut turut mendapat liputan meluas dari menda tempatan dan juga antarabangsa. - CARI
|
ADVERTISEMENT