Akibat membiarkan seorang gadis dirogol dua rakan sendiri dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit, seorang lelaki warga Malaysia dihukum penjara setahun tiga bulan dan denda S$20,800 (RM62,912) di Singapura.
Laporan Projek MM itu memetik Today sebagai berkata, tertuduh, Gan Soon Chai, 34 merakam aksi selama tiga minit sebelum disedari salah seorang rakan perogol yang menyuruhnya berhenti merakam. Gan ditahan seminggu selepas itu selepas mangsa berusia 24 tahun melaporkan kejadian tengah malam pada 17 September hingga 18 September tahun lalu. Difahamkan pihak polis mendapati telefon bimbit tertuduh mengandungi video rogol itu bersama 65 lagi video lucah yang tidak mendapat sijil pengesahan Lembaga Penapisan Filem negara itu. Gan mengaku bersalah atas pertuduhan membuat filem lucah dan dua pertuduhan lain di bawah Akta Filem. Tertuduh turut berjanji tidak akan melakukan 'perbuatan bodoh lagi' menerusi penterjemah bahasa Cina dan meminta hukuman diringankan. Dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga S$40,000 (RM120,924) atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. - CARI
|
HannahMontana: cina pendatang kan ??mmg suka benda lucahdulu , moyang mrk gundik ....hari2 jadi santapan seks.
Lalalili66778 replied at 14-8-2019 06:29 PM
Rendahnya maruah wanita di mata mereka... kalu lah orang2 cam ni memerintah dunia habislah semua mar ...
ADVERTISEMENT