Masih lagi berkenaan remaja Ireland, Nora Anne, 15 yang ditemui mayatnya petang semalam 2.5 km dari resort yang didiami keluarganya di Seremban.
Difahamkan, Nora Anne pernah meluahkan keterujaannya untuk mengenai air terjun yang terdapat di kawasan berkenaan. Ia berdasarkan laporan dari Daily Mail yang memetik cerita daripada seorang sukarelawan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) semalam. Menurut sukarelawan tersebut, Shirley Yap, pencarian di kawasan air terjun dilakukan sejam sebelum mayat Nora Anne ditemui. “Kami diberitahu yang Nora sangat teruja melihat air terjun itu setibanya di resort.
“Kami melakukan pencarian di kawasan air terjun dengan mengikut aliran air ke bawah gunung,” katanya. Sinar Harian melaporkan semalam seramai 22 orang sukarelawan daripada Seremban Hiking Club menemukan mayat Nora di lokasi tersebut. - CARI
|
ADVERTISEMENT