CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Susulan Penemuan Mayat Nora Anne, Pelbagai Spekulasi Ditimbulkan Oleh Netizen

14-8-2019 10:28 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13116| Komen: 19|Original author: Oleh: intan

Susulan penemuan mayat Nora Anne Quoirin pada jam 1.35 petang 13 Ogos 2019, kini muncul pelbagai spekulasi mengenai kes kehilangan yang menyayat hati itu.

Sumber foto : OhMyMedia

Kronologi kehilangan Nora Anne Quoirin
Mengikut kronologi, Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos yang lalu setelah kedua ibu -bapanya menyedari ketiadaan Nora Anne di dalam biliknya. Setelah 10 hari usaha menyelamat oleh Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam, RELA, Sukarelawan, Jabatan Perhutanan malah Polis Antarabangsa telah terlibat dalam usaha menemukan gadis malang ini.

Pada 12 Ogos, keluarga Nora Anne telah menawarkan ganjaran RM50, 000 kepada sesiapa yang menjumpai Nora Anne atau menyalurkan maklumat kepada usaha penemuan gadis itu. Sebagai rekod, Nora Anne juga adalah seorang gadis kelainan upaya (OKU) iaitu lembam dalam pembelajaran. 

Polis daripada negara England, Perancis dan Ireland turut terlibat dalam pencarian Nora. Namun, pada 13 Ogos, usaha menyelamat Nora Anne Quoirin berakhir dengan berita sedih apabila mayatnya dijumpai di kawasan air terjun berdekatan Gunung Berembun, 2.5 kilometer daripada resort yang didiami keluarga malang itu.

Timbalan Inspektor Jeneral Datuk Mazlan Mansor telah mengesahkan mayat tersebut menyerupai gadis yang hilang dan sesi pengecaman mayat oleh keluarga Nora juga telah mengesahkan yang mayat tersebut adalah Nora Anne Quoirin.

Spekulasi mengenai misteri di sebalik kehilangan Nora Anne

Namun begitu, kehilangan Nora telah dianggap sebagai misteri kerana penemuan mayat beliau hanyalah 2.5 km daripada Resort yang didiami keluarga tersebut. Polis juga telah memperluaskan pencarian Nora sehingga 6 km tapi tidak ditemui ketika misi pencarian itu berlangsung.

Netizen telah membuat spekulasi bahawa Nora Anne telah diculik dan dirogol kemudian mayatnya dibuang di kawasan tersebut sebelum ditemui. Bukan sahaja di Malaysia, warganet daripada luar negara juga telah mengemukakan teori penglibatan keluarga Nora Anne itu sendiri dalam kejadian tragik ini.

Mengikut rekod, polis menolak unsur penculikan dalam kes ini dan hanya sebagai kes manusia hilang.



Mempunyai persamaan dengan kes kehilangan Mc Cann di barat


Pihak polis dijangka akan membuat laporan bedah siasat atas mayat Nora Anne pada jam 10 hari ini. Semoga keadilan dapat ditemui atas kematian gadis malang ini. Takziah diucapkan. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selendangungu 14-8-2019 10:43 AM
sedihnya dengar perkabaran ni
pengakhiran yang penuh tragik
semoga keluarga Nora Anne tabah dan kuat dengan dugaan ini
Quote lifeline 14-8-2019 10:47 AM
ada thread khas tak utk kes ni?
iols mcm berminat la nak folo
care to shre link anyone
hihihih
Quote awanysss 14-8-2019 10:51 AM
TT nanti update perkembangan
Quote haryatie 14-8-2019 10:51 AM
jgn la mcam2 andaian
kesian ahli keluarga
Quote LemakPetai 14-8-2019 10:52 AM
Tunggu polis jlnkan siasatan
Quote bawangkecik 14-8-2019 10:53 AM
lifeline replied at 14-8-2019 10:47 AM
ada thread khas tak utk kes ni?
iols mcm berminat la nak folo
care to shre link anyone

forumer belum ada buat rumah ke kes ni? ni thread part time writer ja untuk update terkini.
Quote lifeline 14-8-2019 11:08 AM
bawangkecik replied at 14-8-2019 10:53 AM
forumer belum ada buat rumah ke kes ni? ni thread part time writer ja untuk update terkini.

i dah jumpa beb threadnya skrng tgh khatam..maaf yaaa
Quote aurorayasmeen 14-8-2019 11:12 AM
Aku follow kes Madeleine mccan tu..beza dgn kes Nora ni, budak tu langsung x dijumpai smpi hr ni..lg sedih xde closure to the family..
Sian la..dtg jauh2 nak bcuti, last2 sad ending
Quote cclina2 14-8-2019 11:12 AM
Edited by cclina2 at 14-8-2019 03:18 AM

fishy &  creepy.
Quote mieymiey 14-8-2019 11:14 AM
bawangkecik replied at 14-8-2019 10:53 AM
forumer belum ada buat rumah ke kes ni? ni thread part time writer ja untuk update terkini.

Dah ada kat CI.
Quote helicornia 14-8-2019 11:15 AM
lifeline: i dah jumpa beb threadnya skrng tgh khatam..maaf yaaa

mana threadnye? iols nak baca acik2 omputih punya membawang
Quote cclina2 14-8-2019 11:18 AM

share link please
tq
Quote diggerr 14-8-2019 11:20 AM
Ramainya palataologist
Quote mieymiey 14-8-2019 11:20 AM

https://mforum1.cari.com.my/foru ... age%3D1&page=46
Quote raxief 14-8-2019 11:46 AM
mamat yang tetiba tuduh orang asli tu apehal? main agak-agak je ke
Quote TalibanRock 14-8-2019 12:16 PM
raxief replied at 14-8-2019 11:46 AM
mamat yang tetiba tuduh orang asli tu apehal? main agak-agak je ke

budak twitter ni...baca boleh percaya jangan kekdahnya
Quote videcloset 14-8-2019 03:07 PM
RIP Nora
Quote Nt-ViruS 15-8-2019 11:17 AM
Kenapa orang terus cop rogol sebab tak berbaju. Bukan mak dia sendiri cakap masa anak dia keluar memang almost naked.
Quote lifeline 21-8-2019 10:30 AM
kat mana nak baca benang pasal kes ni eh?
aritu ada
lepas tu dah xde pulak lepas dh jumpa nora anne tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.092522 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top