CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Wajahku Perisaiku.." - Altimet Akui Tak Kacak, Dilindungi Daripada Wanita Yang Melalaikan

16-8-2019 10:18 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13210| Komen: 98|Original author: Oleh: intan

Penyanyi lagu 'Amboi' iaitu Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 41, mengatakan kulit wajahnya merupakan satu 'perisai' untuk dirinya.



Sebuah post luahan perasaan telah dimuat naik Altimet di laman Instagram beliau dan menerusi catatannya, Altimet mengakui kulit wajahnya itu telah melindunginya daripada godaan wanita yang melalaikan beliau.



"Kulit aku perisai aku, kulit aku banyak lindungi aku daripada benda-benda negatif.

"Kulit aku lindungi aku daripada wanita yang melalaikan aku," tulisnya.



Altimet juga tidak segan silu mengakui dirinya tidak tampan seperti orang lain. Altimet juga berbangga kerana tidak sama sekali mengharapkan rupa paras untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburinya.

"Ye aku tak tampan, tapi pena aku menari di atas kertas dengan lenggok yang lawa, tajam bila perlu,"luahnya.

Sempat lagi Altimet memberi nasihat kepada mereka di luar sana yang merasa rendah diri kerana tidak cantik, lawa mahupun tampan kerana baginya, kulit yang mulus dan cantik itu tidak akan kekal selama-lamanya.



Perkembangan terkini, Altimet berada di kerusi juri tetap untuk program Muzikal Lawak Superstar bersama-sama Awie dan Nora Danish.

Rata-rata peminat yang mengikuti luahan perasaan Altimet itu bersetuju dengan buah fikiran beliau. Mungkin ada betulnya juga kan? - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duradanis 16-8-2019 10:43 AM
kadang tak faham org kutuk2 muka orang ni. diri tu perfect sangat ke.. org2 mcm ni la lebih baik dari korang yg mengata tu.. betul apa dia cakap Allah bagi segala kat diri dia supaya tak lalai..
Quote mieymiey 16-8-2019 10:49 AM
Heols ada kaitan dengan Sherry Alhadad ker?
Quote gerbera.memopad 16-8-2019 11:02 AM
Eh, bukan beliau dah bersara ke?
Quote umbut 16-8-2019 11:11 AM
Knp muka dia camtu.. bekas jerawat batu ke..
Quote Suchi 16-8-2019 11:12 AM
duradanis replied at 16-8-2019 10:43 AM
kadang tak faham org kutuk2 muka orang ni. diri tu perfect sangat ke.. org2 mcm ni la lebih baik dar ...

Dalam muzikal lawak tu selamba je ade yg bahankan muka dia cth sebut eh ni siapa pula yg muka berlubang ni? Tp altimet sengih2 je tak marah pun.
Quote duradanis 16-8-2019 11:15 AM
Suchi replied at 16-8-2019 03:12 PM
Dalam muzikal lawak tu selamba je ade yg bahankan muka dia cth sebut eh ni siapa pula yg muka berl ...

ya betul sy tengok juga muzikal lawak, nk buat lawak, tapi dalam masa sama kutuk ciptaan Allah.. tapi dia tahu ke dalam hati altimet tu mcm mana. maybe dia jenis yg tak simpan dalam hati so berlapang dada je la.
Quote laksmanabentan 16-8-2019 11:19 AM
rilex ler bro....
kat luar sana pun ramai jer yg tak dikurniakan muka yg kacak..
tapi tetap bersyukur dan menjalanin hidup aman damai..
tanpa nak meratib di media social...
chill aja bro.......
Quote johan-adx 16-8-2019 11:29 AM
laksmanabentan replied at 16-8-2019 11:19 AM
rilex ler bro....
kat luar sana pun ramai jer yg tak dikurniakan muka yg kacak..
tapi tetap bersyu ...

aku rasa sbb dia rilex dan sedar diri lah dia berada ditahap skrg...
dia naik sbb bakat dan kualiti yg dia ada
Quote ReginaBeauty 16-8-2019 11:38 AM
Its okay tak lawa or tak hensem, Allah bagi dah sempurna cukup lah. As long as  jangan demand lelebih nak pasangan yang lawa /hensem plus kaya sudah.
Quote naz.wani 16-8-2019 11:41 AM
ntah la, aku rasa dia hensem je. sedapla mata aku yang memandang ni sebab rupa jantan gitu.

i memang x minat pretty boys
Quote ashcroft86 16-8-2019 11:46 AM
Pernah jumpe depan2. Tinggi jgak. Broad shoulders. Ada swag jantan heols. Rasanya ladies suka je. Tak buruk pon. Swag heols tu, oh my ...cover terus kulit heols itteww.
Quote natrahn 16-8-2019 11:49 AM
umbut replied at 16-8-2019 11:11 AM
Knp muka dia camtu.. bekas jerawat batu ke..

mungkin lah... zaman muda2 dulu maybe banyak jerawat..pastu picit.. parut la ni
Quote chocobozhere 16-8-2019 12:10 PM
Lor syed ke namanya...sedara sherry al hadad ke? Aku penah jumpa dia depan depan and yes muka dia mmg jelas sangat bekas jerawat sana sini tapi tak selayaknya orang nak kutuk rupa paras dia...tak baiklah wpun cuma berlawak.....
Quote diggerr 16-8-2019 12:39 PM
Betul jugak ye
Quote miminn 16-8-2019 12:44 PM
okay je. tak affect bakat/presence dia.
Quote anony-mous 16-8-2019 12:54 PM
Suchi replied at 16-8-2019 11:12 AM
Dalam muzikal lawak tu selamba je ade yg bahankan muka dia cth sebut eh ni siapa pula yg muka berl ...

Melampau nya gurau mcm tu. For me kulit muka ni lg sensitif banding dgn berat bdn. Sbb x ramai ada mslh kulit compare to bdn
Quote gelas_pelastik 16-8-2019 01:16 PM
dia ni zaman aku sekolah dulu mati2 ingatkan dia non malay, zaman teh tarik crew dulu
Quote rayray28 16-8-2019 01:17 PM
Tinggi gk dia ni rupanya...mse tgk konsert noah ada dia ni skali dh mcm gandalf di samping hobbit2 sekalian
Quote idakamaruddin 16-8-2019 01:57 PM
Suchi: Dalam muzikal lawak tu selamba je ade yg bahankan muka dia cth sebut eh ni siapa pula yg muka berlubang ni? Tp altimet sengih2 je tak marah pun.


iolss sbb heols sentap gak la tu heols kuar statement mcmni kt ig.. nk balas depan2 ms jd juri kang nnt kata emosi

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050466 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top