Ahli perniagaan yang dikatakan pro-Pakatan Harapan, Koon Yew Yin diselar banyak pihak kerana mengeluarkan kenyataan biadab dengan mendakwa anggota tentera di negara ini tidak melakukan apa-apa selain makan dan tidur sahaja. Dia berkata demikian melalui tulisannya berhubung cadangan mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia dalam laman blog koonyewyin.com pada 12 Ogos. "Malah, hampir kesemua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali semasa latihan menembak. "Sebahagian daripada mereka sepatutnya menggantikan pekerja asing di ladang-ladang FELDA," katanya.
Cadangannya yang lain adalah menggesa kerajaan menghentikan pengambilan penjawat awam baharu dan memberi notis persaraan kepada kakitangan yang khidmatnya tidak lagi diperlukan. Selain itu, dia meminta kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) agar tidak bersifat eksklusif terhadap golongan bumiputera walaupun sebenarnya dasar itu tidak lagi diteruskan mulai 1991. "Kerajaan mesti mengamalkan meritokrasi dalam pemilihan dan kenaikan pangkat kakitangan. Dengan cara ini, keseluruhan perkhidmatan awam akan menjadi lebih baik dan tidak ramai kakitangan diperlukan. "Pendidikan adalah kunci kejayaan setiap negara dan guru-guru memainkan peranan penting. Pada masa ini hampir semua guru adalah Melayu. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil guru-guru berdasarkan bangsa tetapi berdasarkan meritokrasi," katanya. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan, orang seperti Yew Yin layak dilucutkan kerakyatannya. "Hantar sahaja ke mana-mana benua yang sanggup menerima, tidak rugi Malaysia hilang manusia seperti ini," katanya seperti dipetik daripada laporan Harakahdaily pada 13 Ogos. Para netizen yang berang dengan kebiadaban Yew Yin turut mengecamnya beramai-ramai dan meminta dia menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga keamanan negara. Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dalam kenyataan melalui laman Facebook Kementerian Pertahanan menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Yew Yin dan meminta semua pihak agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Yew Yin sepatutnya ingat jika tiada anggota tentera yang sentiasa sanggup berkorban nyawa mempertahankan negara, keamanan tidak akan wujud dan dia tidak akan dapat mengumpul harta sehingga menjadi kaya-raya. - CARI
|
"endidikan adalah kunci kejayaan setiap negara dan guru-guru memainkan peranan penting. Pada masa ini hampir semua guru adalah Melayu. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil guru-guru berdasarkan bangsa tetapi berdasarkan meritokrasi," katanya.
annehuda replied at 14-8-2019 10:19 AM
dah mmg bangsa lain pun taknak jadi cikgu. dah ngape nk salahkan org melayu?
insulin replied at 14-8-2019 10:29 AM
Bangsa ni memang nak keje gomen. Cuma mereka nak jawatan gred 41 ke atas la. Gred bawah memang bol ...
dockers replied at 14-8-2019 10:19 AM
Betul ap di cakP
ADVERTISEMENT