CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Tertelan Gigi Palsu Ketika Pembedahan

13-8-2019 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5434| Komen: 21

Lelaki warga emas tertelan gigi palsu ketika menjalani pembedahan dan ia hanya disedari lapan hari kemudian.

TIME melaporkan, warga Britain berusia 72 tahun itu tertelan gigi palsunya ketika menjalani satu pembedahan kecil.


Dikatakan, pasukan perubatan tidak menanggalkan gigi palsu berkenaan sebelum melakukan pembedahan kerana pesakit tidak memaklumkan kepada doktor bahawa dia memakai gigi palsu.


Gambar Hiasan

Difahamkan, lelaki terbabit kembali ke hospital berkenaan enam hari kemudian selepas mengadu sukar bernafas dan menelan selain mengalami pendarahan dalam mulut.

Namun, selepas melakukan pemeriksaan doktor mengesahkan lelaki berkenaan menghidap pneumonia sebelum menyuruhnya pulang dan memberi pesakit antibiotik serta steroid.

Dua hari kemudian, lelaki itu kembali ke hospital apabila keadaannya semakin memburuk.

Namun, imbasan x-ray kali ini menunjukkan terdapat objek asing di dalam tekaknya sebelum dia sekali lagi menjalani pembedahan bagi mengeluarkan gigi palsu itu.


Kredit foto: TIME

Bagaimanapun, kecederaan dialami lelaki itu dilaporkan mengambil masa yang lama untuk sembuh. - CARI

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 13-8-2019 06:53 PM
Aduhai. Kesian nya atuk
Quote lilbub 13-8-2019 07:07 PM
Kesian atuk. Tak pasal 2 kali bedah pulak
Quote KIM.K 13-8-2019 07:20 PM
Astaga ..besar betul dia telan. Bius kot masa tu
Quote sharlenetexas 13-8-2019 07:28 PM
Masa iols laparoscopy dulu pun doktor pesan suruh buka gigi palsu kalau ada. Bahaya kalau tertelan walaupun masa tu guna ubat tido je. Tak bius.
Quote LadyCarefree 13-8-2019 07:32 PM
Pelik gak sbb masa operate kn intubated
Quote miracle_forever 13-8-2019 07:36 PM
anaesth tak perasan ke masa intubate? aiyoyo
Quote Atata 13-8-2019 07:46 PM
Tu la bahalol. Dah pesan buka semua brg kemas gigi palsu, masih x buka. Ko expect doktor nak cek mulut ko satu persatu ke. Kalau kat Malaysia, prosedur b4 kena bius  d tanya berkali2 ada tak pakai gigi palsu. Kalau ada, sila tanggalkn. Tp ada jg yg degil, entah apahal sanggup ambik risiko xnak buka. Ada bf tunggu kat luar dewan bedah kot
Quote cikkittydiva 13-8-2019 09:10 PM
Baru 4 hari  aku warded buat operation bila bilik bedah misi tu berkali2 tanya kt aku ada pakai gigi palsu contact lens ke tak.. kalau ada sila tanggalkan.. boleh lepas pulak ek.. kesiannya.. sakit lain pulak yg dtg
Quote cikkittydiva 13-8-2019 09:17 PM
Haritu aku masuk bilik bedah berkali2 misi tu tanya aku ada pakai gigi plesu dgn contact lens sila remove.. dah penyakit lain pulak dtg.. kesian patient..
Quote LemakPetai 13-8-2019 10:41 PM
Atata replied at 13-8-2019 07:46 PM
Tu la bahalol. Dah pesan buka semua brg kemas gigi palsu, masih x buka. Ko expect doktor nak cek mul ...

Ayat last tu kelakar
Quote diggerr 14-8-2019 11:22 AM
Kene operate lagi sekali
Quote kucingitam 14-8-2019 12:11 PM
tu pasal selalu sblm masuk OT, nurse akan tanya berkali2, yet ramai gak yang annoying sebab soalan yang sama ditanya kan.. ingat sukasuki je ke org suruh tanggal tu..
Quote rhea85 14-8-2019 12:13 PM
kesian atuk
Quote kechikchomel 14-8-2019 12:17 PM
atuk tak bagitau dia pkai gigi palsu. doc/nurse pun tak tanya atuk pkai gigi palsu tak.tapi lepas surgery tu atuk tak perasan ke gigi palsu dia takde?
Quote biozipstar 14-8-2019 01:21 PM
kesian atok. maybe atok lupa
Quote siqlab 14-8-2019 02:15 PM
Atata replied at 13-8-2019 07:46 PM
Tu la bahalol. Dah pesan buka semua brg kemas gigi palsu, masih x buka. Ko expect doktor nak cek mul ...

kan.. mmg sebelum operate nurse ngan doc akan tanya ada pakai tak gigi palsu, contact lens.. klu ada mmg kena buka..
barang kemas pun dorang suh bukak


Quote ikanmasin 14-8-2019 05:06 PM
atok tu terlupa nak bgt ke dia pakai gigi palsu..
dah berapa hari tak takde gigi..tak perasan ke
dah lupa..
Quote Foxey 14-8-2019 06:24 PM
Sakit bedah yang pertama tak baik lagi, dah kena bedah kali kedua. Kesian
Quote Knowlee 16-8-2019 05:51 AM
Salah pesakit. Nurse atau doktor selalu akan pesan tanggalkan semua benda yg tak tetap, termasuk subang, cincin, rantai, gigi palsu, segala yg boleh ditanggal la. Sebelum masuk OT pun dipesan dan ditanya lagi sekali.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.113722 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top