CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Tahu Cerita Jangan Komen" - Netizen Dipertikai Beri Komen Keterlaluan Kes Syed Danial

14-8-2019 11:34 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 15637| Komen: 104|Original author: Oleh: natrahn

Kes kematian Syed Danial baru-baru ini hangat diperkatakan. Pelbagai spekulasi telah dibuat di rangkaian komunikasi dan platform media sosial.

Malah, turut dikesan usaha sesetengah pihak memanipulasi insiden tersebut bagi membangkitkan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam di negara ini.

Kredit Foto - Google

Kita semua faham bahawa semua orang yang mengikuti perihal kejadian sedih ini berlumba-lumba ingin berkongi berita/maklumat mengenai insiden ini. Namun begitu, ada pihak yang mungkin secara tidak sengaja telah berkongsi maklumat yang hanya disalin dari orang lain. 

Komen netizen seperti ini boleh memberikan kesan buruk kepada polis, badan kehakiman dan masyarakat. Banyak komen dan pertanyaan mengenainya tetapi kes masih dalam siasatan, biar polis buat kerjanya. 




Kredit Foto - Facebook # pdrm

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu berhubung insiden kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi yang mengakibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia. 

PDRM menasihatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan rangkaian komunikasi yang boleh memecahbelahkan serta mengganggu gugat perpaduan antara kaum, lantas menjurus kepada polemik perkauman dan keagamaan. 

Polis tidak teragak-agak menangkap individu termasuk ahli politik yang menyebar maklumat palsu dan membangkitkan isu perkauman menerusi media sosial berhubung kes kemalangan maut di Kilometer 293.5, Lebuhraya Utara Selatan, Sabtu lalu (12 Ogos 2019). 

Pendek cerita, tak tahu jangan komen. Tak pasti jangan share. Dengan makluman salah, bukan emosi sahaja terganggu, keadilan juga akan terganggu dan Seksyen 233  Akta Komunikasi Dan Mutimedia 1998 juga boleh digunakan. Semoga bermanfaat. - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batusembilan 14-8-2019 11:36 AM
tp mmg betul pun polis pdrm lemau. kertas siasatan amah kena rogol pun kena rejek dua kali.

tak ke lemau tu?
Quote GigaMom 14-8-2019 11:58 AM
Tak kita siapa pun sapah
Dh ada 1 nyawa melayang
Pls charge 302
Quote GigaMom 14-8-2019 11:59 AM
GigaMom: Tak kita siapa pun sapahDh ada 1 nyawa melayangPls charge 302



Salah
Quote Kurex 14-8-2019 12:15 PM
Jangan sebab duit, tergadai maruah..
Quote Melorqe 14-8-2019 12:31 PM
aku terfikir, lagi 20-30 tahun lagi anak arwah cari balik apek ni
masa tu ko dah bertongkat
Quote SWORKS27 14-8-2019 12:39 PM
komen....
agak2 boleh kena dakwa tak?

law of the jungle
Quote ctaz 14-8-2019 12:40 PM
cam kompom jer cina tu lepas....
cina tu boleh claim self defend....
Quote rospinki 14-8-2019 12:43 PM
GigaMom replied at 14-8-2019 11:58 AM
Tak kita siapa pun sapah
Dh ada 1 nyawa melayang
Pls charge 302

awat teruk nau typo ko nyah..jenuh nk merungkai ayat tersirat
Quote mata_kucing 14-8-2019 12:48 PM
batusembilan: tp mmg betul pun polis pdrm lemau. kertas siasatan amah kena rogol pun kena rejek dua kali.tak ke lemau tu?


AGC yg tolak paper tu..  Tak boleh dakwa kalau paper proceeding tak lengkap,  in a away there might be some effort to delay the pertuduhan, knowing bakal OKT tu siapa
Quote Peterpan17 14-8-2019 12:52 PM
ctaz replied at 14-8-2019 12:40 PM
cam kompom jer cina tu lepas....
cina tu boleh claim self defend....

self defend pun tak lepas sebab ramai saksi dgn video lg dia yg serang aruah
Quote pokaibanktokyo 14-8-2019 01:34 PM
Sotong lembik tu jangan harap la boleh lepas
Quote mystica 14-8-2019 01:45 PM
ada bbrp forumer kat sini ckp kalau dorang dlm situasi yg sama dorang akan langgar juga.. peliknya.

org tu pegang baseball bat je pun bukan pistol. n dia pun dlm kereta.. n nk reverse pun boleh. self defense klau danger tu terlalu imminent mmg kalau u tak bagi fatal blow n u akan mati sgt dah... boleh la kira self defense.

n u bukannya prempuan lemah yg tgh ketakutan. dlm video nampak agresif semacam n  saksi pun ckp dia yg dlm keadaan marah turun kereta trus buka pintu tarik n cengkm leher dan pukul mangsa.
n byk gila kereta kot masa tu.. ramai org. boleh je minta tolong..

tapi dia pilih utk langgar. n lps dh langgar tarik2 tangan mangsa n sibuk ckp pasal middle finger.. (dlm video yg mangsa tgh berdiri tersepit tu). apa relevantnya middle finger tu at this point? org tu dh nyawa2 ikan.
Quote ikankeringmurah 14-8-2019 01:48 PM
batusembilan replied at 14-8-2019 11:36 AM
tp mmg betul pun polis pdrm lemau. kertas siasatan amah kena rogol pun kena rejek dua kali.

tak k ...

report forensik rogol tiba-tiba hilang dr database polis
Quote dino 14-8-2019 01:48 PM
mystica replied at 14-8-2019 01:45 PM
ada bbrp forumer kat sini ckp kalau dorang dlm situasi yg sama dorang akan langgar juga.. peliknya.  ...

apa nak heran dgn spesis munafik liberal weh.,,
Quote ikankeringmurah 14-8-2019 01:49 PM
ctaz replied at 14-8-2019 12:40 PM
cam kompom jer cina tu lepas....
cina tu boleh claim self defend....

bukan self-defense, sbb pakai excessive force(gelek org dgn kereta)

https://asklegal.my/p/self-defence-robber-intruder-thief-kill-house-break-in

Simply put, you cannot claim self-defense if you had time to seek protection (such as by calling the police or running to a policeman) or when you used more force than necessary to ensure your safety. While having the opportunity to seek protection is straightforward enough, most of the misunderstanding stems from not using more force than necessary, or reasonable force
Quote LadyCarefree 14-8-2019 01:54 PM
Edited by LadyCarefree at 14-8-2019 02:27 PM
mystica replied at 14-8-2019 01:45 PM
ada bbrp forumer kat sini ckp kalau dorang dlm situasi yg sama dorang akan langgar juga.. peliknya.  ...


Ko citer mcam ko ade situ. Sila ke balai bg keterangan.

Dlam kes mcam ni, video je yg boleh pakai sbab konon saksi bnyak melayu jd dh xtelus sngat dh ada bias kt situ. Ada fb post yg terawal yng lebih meyakinkan citer dia. Harap dia jd saksi.
Quote LadyCarefree 14-8-2019 01:55 PM
ikankeringmurah replied at 14-8-2019 01:49 PM
bukan self-defense, sbb pakai excessive force(gelek org dgn kereta)

https://asklegal.my/p/self ...

Betol. Mungkin dia boleh ckap silap masuk gear D tp nk masok R. Dlam kekalutan terlanggar mangsa  
Quote sharfox 14-8-2019 01:56 PM
ctaz replied at 14-8-2019 12:40 PM
cam kompom jer cina tu lepas....
cina tu boleh claim self defend....

Takkan lepas punya sebab kat FB ada saksi live yg follow dari tol Bangi ke Southville nampak depan mata dia Cina tu cekak and heret mangsa keluar kereta dah tu ambik kayu besball dan hempuk sampai nyawa2 ikan. Saksi tu tolong bawak ke hospital. Since dia mmg saksi utama cerita in detail , ko rasa kes ni boleh lepas ke?

Quote kelana36 14-8-2019 01:58 PM
Satu kertas siasatan dibuka terhadap pemimpin Umno, Lokman Noor Adam berikutan dakwaannya melalui video yang di muat naik di laman sosial berhubung kes kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata Presiden Pemantau Malaysia Baru berusia 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Kertas siasatan itu dibuka semalam...siasatan lanjut akan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman," katanya ketika dihubungi Bernama.


Keisan kat family lobakman ni kalau dia kena tangkap.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062476 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top